Kerajaan akan wartakan larangan pembelian minyak masak subsidi oleh warga asing – Armizan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mewartakan peraturan larangan pembelian minyak masak paket bersubsidi oleh bukan warganegara.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ia akan diwartakan melalui peruntukan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan yang akan digubal di bawah punca kuasa Seksyen 6, Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Peruntukan undang-undang ini akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara sebelum dikuat kuasakan bermula 1 Mac ini,” katanya ketika menjawab soalan MQT di Dewan Rakyat, hari ini.

Baca juga: Minyak masak terpakai dijadikan minyak peket hanya mitos!

Dalam pada itu, Armizan berkata, KPDN juga telah membangunkan sistem bagi menambah baik pengurusan minyak masak kemasan paket bersubsidi 1 kilogram melalui pendigitalan yang dikenali sebagai Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS).

Katanya, antara fungsi sistem itu adalah untuk mendaftarkan semua pihak yang terlibat dalam rantaian pengedaran termasuk syarikat kilang penapis, syarikat pembungkusan, pemborong serta peruncit.

Jelas beliau, sistem itu juga mampu merekodkan transaksi jual beli minyak masak kemasan paket bermula daripada syarikat kilang penapis sehingga peringkat pembelian oleh peruncit.

Menurut Armizan, bagi fasa pertama bermula 1 Januari 2023, kesemua syarikat kilang penapis dan syarikat pembungkusan yang terlibat dengan Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) telah diarahkan untuk merekod semua transaksi jualan dan belian ke dalam sistem eCOSS.

“Ini adalah syarat melayakkan mereka membuat tuntutan bayaran balik subsidi, dan kegagalan berbuat demikian, akan menyebabkan bayaran tuntutan subsidi yang dikemukakan tidak diluluskan oleh kementerian.

“Permohonan untuk mendapatkan bekalan minyak kemasan paket 1kg oleh pemborong dan peruncit juga perlu didaftarkan melalui sistem ini,” katanya.

Armizan menambah, selain proses pengurusan pendaftaran dan tuntutan bayaran subsidi, sistem ini dapat melengkapkan rekod transaksi termasuk jumlah pengagihan secara digital di setiap peringkat rantaian sehingga ke peringkat peruncit, berbanding rekod secara manual sebelumnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Melaka jadi penanda aras nasional, terima peruntukan khas RM1.6 juta

HOSPITAL Melaka akan dijadikan penanda aras mandatori bagi pelaksanaan model pengurusan hospital di seluruh negara susulan kejayaannya mengurangkan kesesakan...

More Articles Like This