ASPEK seni dan budaya yang dilihat dipinggirkan sebaik pengumuman pembentukan Kabinet, minggu lalu akhirnya terlerai hari ini.
Ini selepas Datuk Seri Tiong King Sing yang sebelum ini diumumkan menerajui Kementerian Pelancongan memaklumkan aspek seni dan budaya berada di bawah kementeriannya.
Sehubungan itu, King Sing memaklumkan, nama kementeriannya kekal Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Menurut King Sing yang juga Ahli Parlimen Bintulu, keputusan itu dilaksanakan setelah penilaian semula dalam mesyuarat Kabinet pertama Kerajaan Perpaduan, semalam.

King Sing berkata, beliau akan sentiasa mementingkan segala perkara di bawah bidang kuasa MOTAC, bukan sahaja tertumpu kepada pelancongan tetapi juga berkaitan kesenian dan kebudayaan yang menjadi khazanah penting negara.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pemain industri dan pihak berkaitan kerana sudi memberi pandangan serta buah fikiran bagi menambah baik industri pelancongan, seni dan budaya di negara ini.
“Saya akan terus mengamalkan dasar pintu terbuka dan bersedia mengadakan sesi libat urus dengan semua pihak bagi memastikan industri pelancongan, seni dan budaya di Malaysia dapat berkembang seterusnya memberi limpahan manfaat kepada masyarakat serta negara.
“Ini termasuklah pakar-pakar profesional, berpengetahuan, berkemahiran tinggi, kreatif dan berbakat besar dalam sektor kebudayaans eperti penari tarian tradisional, pensyarah dan sebagainya.
Baca artikel berkaitan: Surat Terbuka Kepada Perdana Menteri – Seni dan Budaya: Di Mana Kau?
“Sumbangan dan peranan kumpulan seperti ini amat diperlukan bagi membawa industri pelancongan, seni dan budaya kita ke tahap yang lebih tinggi, bersinar dan gah di peringkat global,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, King Sing turut memberi jaminan bahawa bidang kesenian dan kebudayaan akan dimartabatkan serta dibela sebaiknya.
Beliau berkata, peranan budayawan dan seniman dalam menyumbang kepada pembinaan negara tidak akan dipinggirkan.
Justeru, King Sing memaklumkan, kumpulan penting itu akan mendapat tempat sewajarnya serta diiktiraf seperti memperkenalkan semula Anugerah Seni Negara yang telah dihentikan sejak sekian lama.
“Dalam masa sama, saya memohon semua pihak memberikan sokongan, ruang dan peluang kepada saya menerajui MOTAC dan saya akan melakukan sehabis baik demi kegemilangan industri pelancongan, seni dan budaya negara kita.
“Saya bersama pengurusan tertinggi dan warga MOTAC akan sentiasa memastikan sektor ini dapat dipromosi dan dipopularkan di luar negara melalui pelbagai medium selari dengan perkembangan teknologi semasa seterusnya dapat menarik minat pelancong asing ke Malaysia,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

