UMNO adakan mesyuarat MKT malam ini – Puad

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

UMNO akan mengadakan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam ini, yang pertama selepas enam ahlinya menyertai Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara tersebut dimaklumkan Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

Sehubungan itu, Mohd Puad menegaskan, MKT UMNO mesti kekal menjadi pendorong, semak dan imbang kepada kerajaan walaupun menjadi sebahagian daripada ahli Kabinet.

Pada masa sama, kata beliau, UMNO juga perlu mendesak kerajaan menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan RCI berhubung Tabung Haji.

“Malam ini mesyuarat MKT UMNO. Ini MKT pertama selepas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Datuk Seri Mohamad Hasan; Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Datuk Seri Azalina Othman Said; Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menyertai Kabinet Anwar Ibrahim.

Baca artikel berkaitan: Wakil UMNO dalam Kabinet wajar ikut hierarki – Annuar

“MKT UMNO mesti kekal sebagai pendorong, check and balance (semak dan imbang) kepada kerajaan. Tiada kompromi,” katanya dalam hantaran tersebut.

Selain itu, Mohd Puad yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) JOhor berkata, pendakwaan juga perlu disegerakan terhadap Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan bekas Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Selain itu perbicaraan yang adil perlu untuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan saman terhadap isu Batu Putih.

“Perikatan Nasional (PN) tidak boleh bantah. Itu sesuai dengan slogan ‘Prihatin, Bersih dan Stabil’. PN mesti terbuka siasatan terperinci dakwaan salah kelola kewangan zaman Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ini bukan soal balas dendam atau salah guna kuasa. Ini penggiliran mencari kebenaran. “Dulu orang lain kena siasat, kini engkau kena siasat”.

“Apa ada hal. Jangan sloganis,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ahmad Samsuri pula sah hadir ke Konvensyen RESET

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah mengesahkan kehadirannya ke Konvensyen RESET Malaysia yang akan...

More Articles Like This