SEBANYAK 21 saman dikeluarkan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Dungun sepanjang Op Khas Saman yang bermula dari pukul 8 hingga 11.30 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, operasi yang dijalankan di sekitar Kuala Dungun, Sura, gong Pasir, Bandar Dungun dan Jalan Pantai itu dilancarkan bagi mengesan kesalahan lalu lintas yang dilakukan oleh warga asing.

Beliau berkata, operasi ini juga melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bukit Besi dan Imigresen Kuala Terengganu.

“Sebanyak 10 notis saman telah dikeluarkan oleh pihak JPJ dan sebuah kereta serta sembilan motosikal disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Dua lelaki warga Myanmar turut ditahan dibawah Seksyen 6(1)(c) Aktan Imigresen 1959/63,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : 12 pemandu mabuk ditahan Polis KL

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai untuk memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat ke Bilik Gerakan Polis Dungun di talian 09-8444742.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram