Amirudin sambut baik barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan

Dari Penulis

PENGERUSI Harapan Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menyambut baik senarai anggota Kabinet yang dipilih dalam Kerajaan Perpaduan.

Amirudin berkata walaupun hanya terdapat dua menteri dan seorang timbalan menteri daripada Harapan Selangor, beliau percaya dengan percaturan serta kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membuat keputusan.

“Perlu diingat kerajaan ini adalah Kerajaan Perpaduan yang ditubuhkan daripada pelbagai kumpulan yang terhasil akibat ketidakwujudan kumpulan tunggal yang boleh membentuk kerajaan.

“Jadi, kompromi untuk menetapkan calon menteri dan timbalan menteri itu semua harus diambil kira,” katanya ketika mengulas jumlah menteri dan timbalan menteri dari Selangor yang dipilih menganggotai Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata sedemikian selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Worldwide Holdings Berhad dan Dynac Sdn Bhd di sebuah hotel di Shah Alam hari ini. 

BERITA BERKAITAN PM Anwar Ibrahim umum 27 Timbalan Menteri, tiada wakil MCA, MIC  

Menteri Besar Selangor itu berkata walaupun hanya dua Ahli Parlimen dari negeri itu dipilih menjadi menteri namun mereka diamanah memimpin kementerian yang penting kepada negara.

“Mat Sabu (Mohamad Sabu) berada di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, aspek yang sangat asas serta penting dan (Mohd) Rafizi (Ramli) bagi Kementerian Ekonomi, kementerian yang meliputi semua benda di dalam negara ini.

“Jadi, ia bukan tentang jumlah sebaliknya kualiti. Saya rasa dua kementerian itu cukup kanan,” katanya.

Beliau berkata beberapa menteri dan timbalan menteri lain yang dipilih juga sangat aktif di Selangor.

“Saraswathy Kandasamy (Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi) bertanding di Tapah, Perak tetapi sebenarnya beliau banyak bergerak di Selangor, Adam Ali Abdul Halim (Timbalan Menteri Belia dan Sukan) juga, Fadhlina Sidek (Menteri Pendidikan) juga pangkalannya di negeri ini walaupun menjadi Ahli Parlimen di Pulau Pinang.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This