‘UMNO kini ibarat rumah pusaka sedang terbakar’ – Annuar

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

UMNO kini diibaratkan sebuah rumah pusaka sedang terbakar hingga menyebabkan ramai penghuninya lari tetapi mereka berusaha memadam kebakaran ditarik keluar daripada api yang sedang memusnahkan itu.

Demikian gambaran boleh difahami daripada perkongsian Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dalam hantaran di Facebooknya, hari ini.

Kenyataan itu dimuat naik selepas beliau dilaporkan dipecat dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, malam tadi.

“Malam Jumaat, saya bermimpi. Rumah pusaka saya diami terbakar. Saya syak ada main switch dah short circuit atau wayarnya terputus.

“Ramai penghuni rumah sudah lari meninggalkan rumah yang terbakar atau dibakar, Wallahualam. Saya sayang rumah itu. Saya cuba memadam kebakaran supaya jangan lebih ramai penghuninya lari.

“Ketika api masih marak dan ramai yang terus lari meninggalkan rumah, tiba-tiba saya ditarik keluar dari api yang membakar. Kini saya hanya mampu melihat kebakaran dari luar.

“Walaupun saya amat sayang rumah itu, saya hanya mampu berdoa. “Ya Allah kepadaMu aku berserah dan kepadaMu jua aku meminta pertolongan. Kau selamatkanlah ‘rumah’ yang sedang terbakar itu. Amin ya Rabb,” katanya.

Mesyuarat MKT UMNO malam tadi dipercayai memecat keahlian tiga pemimpin antaranya Annuar.

Dua lagi adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shamsiah Yasin dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim.

Shamsiah merupakan isteri kepada bekas Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kasim

Shamsiah dan Fatimah bulan lalu digantung sementara selepas didapati terbabit secara langsung atau tidak langsung menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Baca artikel lain: Keputusan MKT UMNO demi kebaikan parti dan Malaysia – Ahmad Zahid

Fatimah adalah isteri kepada Datuk Seri Ismail Abd Muttalib yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada PRU ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Budaya politik jadikan perbezaan wahana capai kuasa mesti ditolak – PM

BUDAYA politik yang menjadikan perbezaan sebagai wahana bagi mencapai puncak kuasa mesti ditolak oleh rakyat. Mesej itu disampaikan Perdana...

More Articles Like This