Bincang isu Najib, MKT UMNO adakan mesyuarat khas pagi ini

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan mengadakan satu mesyuarat khas, pagi ini bagi membincangkan tentang keputusan Lembaga Pengampunan terhadap bekas Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mesyuarat khas itu dijadualkan berlangsung pada pukul 11 pagi yang turut akan membincangkan tentang perkembangan mutakhir politik semasa tanah air.

Sehubungan itu, katanya, Kolokium Kongres Ekonomi Bumiputera yang dijadualkan berlangsung hari ini terpaksa ditangguhkan bagi memberi laluan kepada mesyuarat tersebut.

“UMNO membuat keputusan menangguhkan Kolokium Kongres Ekonomi Bumiputera yang dijadualkan esok (hari ini).

“Kolokium yang dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Ghani sepatutnya akan dihadiri 2,000 pimpinan UMNO dari 191 Bahagian seluruh negara.

Baca artikel lain: Sepakan percuma cantik Son bawa Korea Selatan ke separuh akhir

“Serentak itu, satu mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan diadakan jam 11.00 pagi esok,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri semalam mengumumkan memberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara 12 tahun yang sedang dijalani Najib sejak 2022, sekali gus menyaksikan beliau bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Selain tarikh pembebasan awal itu, bekas Perdana Menteri itu turut perlu membayar denda yang dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

64 projek pembangunan semula sekolah daif siap sejak 2025

SEBANYAK 64 projek pembangunan semula sekolah daif telah berjaya disiapkan di seluruh negara sejak tahun 2025 hingga suku kedua...

More Articles Like This