PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan, pembentukan Kabinet di dalam Kerajaan Perpaduan bersandarkan kepada kepelbagaian dan perbezaan.
Katanya, semuanya bertitik tolak kepada usaha untuk membantu rakyat dan negara ini ke puncak kejayaan.
“Tahniah diucapkan kepada para pemimpin Barisan Nasional yang telah ditaklifkan amanah sebagai Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan.
“Kepelbagaian dan perbezaan yang ada diraikan dengan semangat untuk mencari kesepakatan membina negara bangsa yang berjaya.
“Pengalaman dan kepakaran dipertaruhkan untuk menyantuni kehendak dan aspirasi rakyat Malaysia,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau, hari ini.
Baca artikel lain: Masa untuk bekerja! PM bersyukur Kabinet sudah lengkap
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan senarai Timbalan Menteri kepada Kabinet baharu yang dipimpinnya susulan pengumuman 28 Menteri Kabinet pada 2 Disember lalu.
Nama-nama pemimpin yang mewakili pelbagai parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan tersebut, kecuali wakil dari parti MCA dan MCA dari Barisan Nasional itu diumumkan Perdana Menteri melalui siaran televisyen malam ini.
Upacara angkat sumpah akan berlangsung di Istana Negara pukul 3 petang ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

