PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan rasa syukurnya selepas melengkapkan pembentukan Kabinet Kerajaan Perpaduan melalui pelantikan Timbalan Menteri, semalam.
Sehubungan itu, beliau menggesa mereka yang telah dilantik supaya melaksanakan tanggungjawab bagi membawa perubahan kepada negara.
“Alhamdulillah, saya telah mengumumkan barisan Timbalan Menteri sebentar tadi. Kini masa untuk bekerja dan menjelmakan perubahan dengan sedaya upaya.
“Kita mampu dan kita boleh!,” dalam hantaran ringkas di Facebooknya, semalam.
Baca artikel lain: PM Anwar Ibrahim umum 27 Timbalan Menteri, tiada wakil MCA, MIC
Semalam, Anwar mengumumkan senarai Timbalan Menteri kepada Kabinet baharu yang dipimpinnya susulan pengumuman 28 Menteri Kabinet pada 2 Disember lalu.
Nama-nama pemimpin yang mewakili pelbagai parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan tersebut, kecuali wakil dari parti MCA dan MCA dari Barisan Nasional itu diumumkan Perdana Menteri melalui siaran televisyen malam ini.
Upacara angkat sumpah akan berlangsung di Istana Negara pukul 3 petang ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

