Puding sandwic marble ini memang sedap. Sesuai dijadikan sajian minum petang atau pencuci mulut. Jom lihat bahan dan cara menyediakan juadah ini.
BAHAN A
4 keping roti
6 gm serbuk agar-agar
1 cawan gula pasir
3 1/2 cawan air
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar mentega
BAHAN B
1 sudu besar milo
1 sudu besar serbuk koko
CARA MENYEDIAKAN
1.Roti dicarik-carik dan dimasukkan ke dalam pengisar. Kemudian tuangkan air dan masukkan susu pekat. Kisar hingga halus.
2.Selepas itu, masukkan susu cair dan kisar lagi. Ketepikan.
3.Letakkan serbuk agar-agar ke dalam periuk.
4.Tuangkan adunan roti tadi, dan kacau perlahan-lahan di atas api sederhana besar hingga mendidih.
5.Setelah mendidih, masukkan mentega untuk mengilatkan puding. Kacau perlahan-lahan.
6.Ambil satu cawan adunan puding, campurkan dengan satu cawan serbuk koko dan milo, bancuh hingga sebati. Ketepikan seketika.
7.Tuangkan adunan puding ke adalam acuan 8 x 8.
8.Kemudian tuangkan pula, adunan koko di atasnya.
9.Carik-carikkan menggunakan lidi, membentuk corak mengikut kreativiti anda.
10.Akhir sekali, sejukkan adunan puding di dalam peti sejuk.
Apabila sudah beku, potong puding sebelum dihidangkan.
Resipi Marhaini Mohmad Ashaari
*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik
@majalahsaji Penggemar juadah masak lemak cili padi wajib singgah restoran ini. Pasti puas hati! #makanlokal #myfoodie #malaysianfoodie #portmakansedap #fyp โฌ Made You Look – Meghan Trainor
Jadikan UtusanTV โshortcutโ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โAdd to Homescreenโ
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, TikTok, Instagram & Telegram

