Tanah runtuh Batang Kali: Misi SAR kian mencabar, tanah lembut, wujud aliran air

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MISI mencari dan menyelamat (SAR) 12 mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali yang memasuki hari kedua disifatkan semakin mencabar ekoran keadaan tanah lembut, berselut dan berlumpur.

Pada masa sama, kewujudan aliran air bawah tanah menjadikan misi SAR itu agak terganggu.

Perkara itu diakui Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis dalam sidang media, hari ini.

Menurut Norazam, kerja-kerja penyelamatan terpaksa dilakukan dengan berhati-hati kerana terdapat aliran air yang keluar dengan banyak daripada bahagian atas bukit.

Beliau turut menyatakan kekhuatiran keadaan tersebut boleh menyebabkan insiden gelongsoran tanah.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini belum ada insiden gelongsoran tanah berlaku tetapi pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Sehubungan itu, Norazam memberitahu, pihaknya dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) akan memasang sistem pengesan pengerakan tanah di tiga lokasi yang berkemungkinan berlaku gelongsoran tanah.

“Kerja penyelamatan agak terganggu kerana tanah menjadi lembut, berselut dan berlumpur dengan kita memerlukan jentera bagi memindahkan tanah yang lembut disebabkan aliran air yang sedang berlaku.

“Berdasarkan pemantauan secara fizikal, tidak berlaku pergerakan tanah tetapi kita khuatir kerana terdapat aliran air. Kemungkinan jika berlakunya hujan lebat bagi tempoh panjang boleh menyebabkan gelongsoran tanah.

Baca artikel berkaitan: Raja Muda Selangor tinjau operasi SAR tanah runtuh

“Atas situasi itu, kita akan berhentikan misi SAR serta merta sekiranya hujan dan anggota diarahkan berada di tempat yang selamat,” katanya.

Mengulas lanjut, Norazam memberitahu, kekuatan pasukan penyelamat bagi hari kedua operasi SAR dikecilkan kepada 135 anggota dan pegawai berpengalaman daripada lima agensi penyelamat.

Katanya, ia bertujuan memastikan misi SAR itu dikendalikan pihak berkemahiran dan meminimumkan risiko pergerakan tanah.

Ketika ditanya peluang mangsa ditemui dalam keadaan selamat, Norazam mengakui kemungkinan itu adalah sangat tipis.

Beliau berkata, ini kerana memasuki hari kedua dengan keadaan tanah yang tebal iaitu antara 10 hingga 15 meter, peluang itu disifatkan tipis.

“Bagaimanapun, kita tidak menolak kemungkinan masih ada mangsa yang hidup sekiranya terdapat ruang udara antara celah timbunan pokok atau batu besar di lokasi mereka tertimbus,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dakwa Muhyiddin ‘pengasas’ PN tahyul, perlu dihapuskan – Wan Saiful

KENYATAAN dikeluarkan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah 'pengasas' Perikatan Nasional (PN) merupakan...

More Articles Like This