Tanah runtuh Batang Kali: Dua lagi mayat ditemukan, 10 belum dijumpai

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PASUKAN mencari dan menyelamat (SAR) insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali menemukan dua lagi mayat mangsa pada pukul 1.02 tengah hari tadi.

Situasi itu menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat insiden tanah runtuh itu meningkat kepada 23 orang.

Perkara tersebut dimaklumkan Unit Korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) menerusi hantaran di Facebook.

Pada masa sama, 10 lagi mangsa belum dijumpai dalam timbunan tanah runtuh tersebut.

Difahamkan, dua mayat mangsa yang ditemukan itu adalah seorang wanita dewasa dan seorang lagi kanak-kanak lelaki.

Terdahulu, operasi SAR 12 lagi mangsa bersambung semula kira-kira pukul 7.30 pagi tadi.

Pengarah JBPM Selangor, Datuk Norazam Khamis dalam sidang media pula menyifatkan misi SAR pada hari kedua semakin mencabar ekoran keadaan tanah yang lembut, berselut dan berlumpur.

Baca artikel berkaitan: Tanah runtuh Batang Kali: Misi SAR kian mencabar, tanah lembut, wujud aliran air

Kewujudan aliran air bawah tanah turut menjadikan misi SAR itu agak terganggu.

Menurut Norazam, kerja-kerja penyelamatan terpaksa dilakukan dengan berhati-hati kerana terdapat aliran air yang keluar dengan banyak daripada bahagian atas bukit.

Beliau turut menyatakan kekhuatiran keadaan tersebut boleh menyebabkan insiden gelongsoran tanah.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini belum ada insiden gelongsoran tanah berlaku tetapi pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Sehubungan itu, Norazam memberitahu, pihaknya dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) akan memasang sistem pengesan pengerakan tanah di tiga lokasi yang berkemungkinan berlaku gelongsoran tanah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Abdul Hadi umum beberapa perkara penting esok, Pas buat keputusan Rabu

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan mengumumkan beberapa perkara penting ketika merasmikan Konvensyen RESET Malaysia yang akan...

More Articles Like This