[VIDEO] Tak layan permintaan ‘rasuah’ barangan mewah untuk terpilih sertai projek drama, nama Ruhainies disenarai hitam

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

“Amalan rasuah atau sogokan dalam kalangan industri seni kreatif sebenarnya sudah lama berlaku.”

Demikian kata pelakon Ruhainies ketika meluahkan rasa kesal terhadap seorang individu berpengaruh dalam industri seni yang memintanya untuk memberikan barangan mewah sebagai ‘hadiah’ untuk dia diterima menyertai projek drama.

Jelas pelakon Cukup Derita Itu, disebabkan dia enggan menunaikan permintaan individu terbabit, namanya kini sudah disenarai hitam daripada menyertai produksi terbabit.

“Kejadian ini berlaku kepada saya pada tahun ini. Sebelum ini bila orang bercerita, saya tak percaya kerana tak berlaku pada diri sendiri sehinggalah terjadi depan mata saya.

“Sekarang ini saya memilih untuk mengunci mulut sebab saya tak nak menutup periuk nasi individu itu walaupun sekarang ini saya sudah disenarai hitam.

“Individu ini memiliki kuasa di sebuah syarikat. Sebelum ini orang disekeliling saya pernah hadapi situasi sama dan ada juga pihak yang minta buat laporan sebab saya ada bukti, tapi saya tidak sampai hati kerana masih fikir masa depannya,” katanya kepada URTV.

Ruhainies berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi Rizman Ruzaini RR Cruise 22/23 di RR Flagship Store di Shoppes Four Season Place, baru-baru ini.

Tambah Ruhainies, dia engggan menormalisasikan amalan rasuah kerana kesannya akan memberi perspektif buruk terhadap industri seni kreatif.

“Saya tidak melayan permintaannya sebab saya tak mahu amalan ini berterusan. Walaupun mereka sudah menormalisasikan budaya ini, tapi saya tak nak.

“Jadi saya perlu menghentikan budaya ini, bukan untuk diri saya saja tapi untuk bakat-bakat dan penerbit baharu yang nak meningkat naik.

“Lagipun, ia boleh menjadi satu budaya yang tidak sihat dalam kalangan penggiat industri kreatif.

“Saya pun mungkin tidak lama berada dalam industri seni, jadi saya perlu bertindak dan melindungi penggiat seni yang teraniaya,” jelasnya.

Sebelum ini, menerusi Instagram Story, Ruhainies ada berkongsi keluhannya mengenai budaya rasuah yang tidak hanya berlaku dalam industri sukan tetapi industri seni kreatif juga turut terpalit isu sama.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kembali selepas 5 tahun, Gerak Khas 2.0 tampil lebih sinematik & mendebarkan

SETELAH lima tahun menyepi dan meninggalkan kerinduan mendalam buat peminat setianya, jenama yang pernah mendominasi landskap drama tempatan selama...

More Articles Like This