Skandal urus niaga saham: Penyelewengan sistematik, transaksi akaun luar negara

Dari Penulis

SKANDAl urus niaga saham melibatkan seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah badan berkanun kerajaan dan seorang Pengerusi syarikat pegangan didapati telah dirancang dengan sistematik.

Kedua-duanya didakwa bersubahat dengan beberapa ahli lembaga pengarah serta pemegang saham sebuah lagi syarikat dalam urus niaga penjualan saham kepada badan pelaburan berkenaan.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dalam siasatan terkini, dipercayai belaku juga transaksi keluar masuk wang ke akaun di luar negara.

“Siasatan yang dijalankan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM itu dipercayai melibatkan penilaian harga yang tidak munasabah (overvaluation) dan tidak setimpal, yang berpotensi menyebabkan kerugian kepada dana awam dianggarkan melebihi RM300 juta,” jelasnya.

Sumber menambah, hari ini SPRM menggeledah dua lagi syarikat penilaian nilai saham bagi mengesahkan nilai saham syarikat tersebut.

Kata sumber, sehingga kini seramai 10 orang saksi telah dirakam percakapan dan dijangka tujuh orang saksi lagi akan dipanggil dan dirakam percakapan dalam masa terdekat.

Sementara itu Pengarah Kanan BOK, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi memberitahu, fokus siasatan kini menjurus kepada kesalahan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 selain kesalahan pecah amanah jenayah. 

Tambah beliau, penyiasatan turut menganalisis dan mengenal pasti elemen-elemen kesalahan jenayah lain yang berkaitan khususnya di bawah kesalahan aktiviti pengubahan wang haram.

Semalam kedua-dua suspek ditahan reman kerana disyaki bersubahat dalam urus niaga penjualan saham.

Selain tangkapan, sebanyak 62 akaun bank persendirian dan akaun syarikat yang berkaitan telah dibekukan, melibatkan jumlah kira-kira RM450 juta.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This