Kita cuma berbangga sebagai juara ‘merempit, rasuah, seleweng’

Dari Penulis

HUJUNG minggu lalu, saya dan beberapa lagi rakan melepak di sebuah restoran Pakistan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Sambil menikmati kudap-kudapan di sebalik remang-remang kota raya, aksi mat-mat motosikal (mat rempit) dengan bunyi ekzos yang membingitkan, amat mengganggu ‘selera’ kami untuk berbual-bual santai.

Menjengah ke tengah malam dan ketika hendak pulang ke rumah, aksi mereka di jalan-jalan utama di ibu kota, bagi saya memalukan.

Masakan tidak, ketika bangsa asing, terutamanya Bangladesh dan Pakistan, berbondong-bondong datang ke sini untuk mencari rezeki, apa yang ditunjukkan anak bangsa kita sendiri, saya ulang sekali lagi, memalukan.

Menghabiskan masa merempit, bermotosikal ke sana sini tanpa tujuan, saya tertanya-tanya, mereka ini anak orang kayakah? Anak orang berada?

Saya bertanya sedemikian kerana mereka begitu seronok merempit, bagaikan tak perlu memikirkan susah payah untuk mencari rezeki, atau menyambung pelajaran demi masa depan.

Dan, pada Sabtu lalu ketika saya melayari laman Threads, saya terbaca keluhan seorang pengguna media sosial mengenai perilaku mat rempit di Puchong Perdana, sekitar pukul 3 hingga 5 pagi.

Seorang lagi pengguna Threads juga mengetengahkan perkara sama, dekat pukul 12 tengah malam sehingga 3 pagi di sekitar KLCC.

Ramai yang bertanya, mana perginya pihak penguat kuasa?

Malulah kepada bangsa lain

Banteraslah isu ini sebaik-baiknya, bukan menjadi ‘penggalak’ dengan sikap tidak peduli kita kepada mereka ini.

Ketika mereka ini sibuk merempit, di sudut lain, ada pula anak bangsa kita yang ‘menjuarai’ isu-isu rasuah dan penyelewengan.

Saya hilang kata-kata dalam isu ini. Memikirkan apakah acuan sedemikian yang hendak kita tinggalkan untuk anak bangsa kita di masa depan.

Itu belum lagi isu penyalahgunaan dadah, buli, kaki gaduh, fitnah, hasad dengki.

Cubalah lihat sekeliling kita. Malulah kepada bangsa lain, khususnya bangsa asing. Mereka dah menguasai banyak perkara terutama bisnes di sebahagian besar ibu negara.

Anak bangsa kita? Asyik dengan merempit sana sini.

Anak bangsa kita dok sibuk mencari peluang nak makan rasuah, makan duit daripada hasil tidak sepatutnya.

Entahlah, saya hilang kata-kata.

Sebelum berakhir, saya mewakili UtusanTV mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Abdul Halim Aman yang dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.

Semoga Datuk Seri dapat menjalankan tugas dengan baik dan membanteras salah laku rasuah serta penyelewengan sehabis-habisnya.

Metra Syahril Mohamed ialah Ketua Pengarang UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This