‘Mickey’ sah perkuat cabaran Selangor FC

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SELEPAS lama desas-desus timbul, akhirnya hari ini penyerang lincah Harimau Malaya, Faisal Halim atau lebih mesra disapa ‘Mickey’ sah menjadi milik Selangor FC.

Perkembangan terbaharu itu diumumkan Selangor FC menerusi satu video ringkas yang dimuatnaik ke laman media sosial kelab tersebut.

Mickey menjadi pemain skuad kebangsaan ketiga dibawa masuk Selangor selepas Gergasi Merah itu berjaya mengikat V Ruventhiran dan Ahmad Khuzaimi Piee sebelum ini.

Kehadiran bekas pemain Terengganu FC berusia 24 tahun itu sememangnya dinanti-nantikan peminat setia Selangor FC selepas khabar angin kuat mengatakan Faisal memilih untuk ke Lembah Klang.

Ia juga memberi petanda bahawa skuad bimbingan Tan Cheng Hoe itu mahu menjadi pencabar serius dalam Liga Malaysia musim 2023.

Baca artikel berkaitan: Piala AFF: Faisal, Ahmad Syihan wira Malaysia atasi Myanmar 1-0

Sejak menyertai Terengganu FC pada tahun 2021, nama Faisal kerap kali meniti di bibir peminat dengan aksi lincah yang kerap memberi masalah kepada benteng pertahanan lawan.

Aksi cemerlang bersama Terengganu diteruskan musim ini apabila membantu skuad Penyu menamatkan saingan di kedudukan kedua Liga Super serta layak ke final Piala FA dan separuh akhir Piala Malaysia.

Enam gol yang beliau jaringkan dalam kempen Liga Super juga membolehkan Terengganu FC layak ke kejohanan Piala AFC musim depan.

Beliau juga telah menjadi nadi penting membawa Harimau Malaya ke Piala Asia dan ketika ini bersama skuad kebangsaan di kejohanan Piala AFF Mitsubishi Electric yang menyaksikan Mickey menjaringkan gol kemenangan menumpaskan Myanmar, malam tadi.

Sebelum bersama Terengganu FC, Faisal juga pernah menyarung jersi Sri Pahang FC pada tahun 2016 hingga 2020.

Beliau memulakan kerjaya bersama pasukan kelahirannya, Penang FC pada tahun 2015.

Debut bersama Penang menyaksikan beliau menjaringkan satu gol dalam Piala Malaysia ketika menentang PDRM FA pada tahun berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This