KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan telah distruktur semula sebagai Jabatan Wilayah Persekutuan dengan pentadbirannya berada di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam hantaran di Facebook.
Ia selepas beliau menghadiri sesi taklimat Jabatan Wilayah Persekutuan dan agensi bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pagi tadi.
Menurut Mohd Zuki, Jabatan Wilayah Persekutuan itu diterajui Ketua Pengarahnya iaitu Datuk Seri Rosida Jaafar.

“Usai taklimat, saya turut bersama Perdana Menteri menghadiri Majlis Interaksi Wilayah Persekutuan.
“Majlis ini merupakan platform di antara pengurusan tertinggi Jabatan Wilayah Persekutuan dengan ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan bagi membincangkan isu-isu kritikal serta cadangan pelaksanaan dasar pembangunan demi kesejahteraan rakyat khususnya di Wilayah Persekutuan.
Baca artikel berkaitan: Majlis Pemulihan Negara dibatalkan, GIACC diteliti – PM Anwar
“Kedua-dua majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM, Datuk Solehuddin Alyubi; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah; Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Fadlun Mak Ujud dan Ketua Pengarah Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail,” katanya dalam hantaran tersebut.
Terdahulu, Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi DBKL, pagi tadi dan menjadi lawatan kerja pertama Anwar ke ibu pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) itu selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.
Perdana Menteri hadir bagi mendengar taklimat serta penerangan mengenai pengurusan dan hal ehwal DBKL yang diadakan secara tertutup.
Sebelum ini, sewaktu mengumumkan barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan, Anwar tidak menamakan portfolio Kementerian Wilayah Persekutuan seperti dilakukan kerajaan-kerajaan terdahulu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

