PEMILIHAN UMNO yang akan berlangsung pada tahun hadapan perlu dipertandingkan untuk semua peringkat.
Perkara itu menurut EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin termasuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.
Jelas beliau, tindakan beberapa pemimpin UMNO yang mencadangkan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan adalah langkah ke belakang serta merugikan parti.
“Saya melihat kenyataan beberapa pemimpin UMNO di peringkat bahagian (Beruas, Sg Besar dan Pasir Salak) yang secara jelas sebut tidak mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan tahun depan, mahupun secara samar-samar cadangkan sebegitu.
“Sekiranya benar, UMNO jelas makin hilang arah dan identiti perjuangan. Ia juga bakal menjadi satu lagi episod hitam UMNO selepas kalah teruk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
“Kita bukan menang besar semasa PRU15. Sekiranya menang sekalipun, ianya tetap wajar dipertandingkan,” katanya dalam kenyataan.
Baca lagi: Biar semua jawatan dipertandingkan, jangan sekat demokrasi dalam UMNO
Mengulas lanjut, Muhamad Muqharabbin berkata, usaha untuk menghalang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan boleh diibaratkan sebagai satu penghinaan kepada Perlembagaan parti.
Jelas beliau, pemimpin-pemimpin UMNO perlu melihat Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai contoh yang berani mempertandingkan jawatan tertinggi parti.
“Presiden kita sekarang, juga Presiden pertama yang membenarkan jawatan Presiden dipertandingkan pada 2018 selepas kali terakhir jawatan ini dicabar dalam pemilihan parti 1987.
“Ia bukti UMNO semakin matang dan demokratik seiring usianya. Tiada pun masalah timbul tahun 2018. Yang menang dihormati, yang tewas kekal bersetia.
“Jadi, kenapa kita tiba-tiba ingin ambil langkah kuno ke belakang? Sedangkan, kita kalah teruk PRU-15, yang jelas lebih menuntut perubahan dan pembaharuan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

