Zambry adakan lawatan rasmi ke Jakarta bermula Rabu

Dari Penulis

MENTERI Luar Malaysia Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengadakan lawatan rasmi ke Jakarta, Indonesia bermula hari ini sehingga 30 Disember.

Semasa lawatan julung kali beliau sejak pelantikannya pada 2 Disember lalu, Zambry bakal mengadakan kunjungan hormat kepada Presiden Indonesia Joko Widodo serta rakan sejawatannya, Retno Marsudi, menurut satu kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) hari ini,

“Lawatan rasmi ini mencerminkan hubungan akrab dan komprehensif antara Malaysia dan Indonesia sebagai negara jiran terdekat.

“Ia juga akan memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk menilai kemajuan kerjasama dua hala, menerokai potensi kerjasama baharu yang lebih komprehensif serta membincangkan usaha-usaha bersama bagi menangani cabaran serantau dan global,” kata kenyataan itu.

Baca artikel lain: Ibu kanak-kanak maut didera terduduk, nangis lihat jenazah

Zambry juga dijadual menyampaikan syarahan tentang pengukuhan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia kepada mahasiswa di Universiti Bina Nusantara (BINUS), Jakarta.

Beliau turut dijadual mengadakan sesi libat urus bersama Pertubuhan Bisnes Indonesia-Malaysia (IMBC), pimpinan belia Indonesia serta diaspora Malaysia di Jakarta, tambah kenyataan itu.

Pada tahun 2021, Indonesia merupakan rakan dagangan ke-7 terbesar Malaysia dan ke-3 terbesar ASEAN dengan jumlah dagangan sebanyak RM95.31 bilion (US$22.98 bilion).

Pada bulan Januari hingga Oktober 2022, jumlah dagangan telah mencecah RM110.44 bilion (US$25.19 bilion), peningkatan sebanyak 47.2 peratus berbanding RM75.03 bilion (US$18.14 bilion) bagi tempoh yang sama pada 2021.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Rosmah diperintah bayar RM67.5 juta kepada tukang emas mewah Lubnan

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Datin Seri Rosmah Mansor membayar RM67.5 juta kepada syarikat tukang emas mewah...

More Articles Like This