#URTVRECAP2022 Jodoh tak panjang, ini senarai 8 artis Malaysia yang bercerai

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

TIADA pasangan yang berkahwin ingin melihat mahligai yang dibina atas benih cinta runtuh dan berakhir dengan penceraian.

Pun begitu, siapalah kita mahu melawan kehendak takdir yang telah ditentukan oleh Allah sejak dari Luh Mahfuz lagi. Manusia hanya merancang, Allah yang tentukan.

Menguak lembaran 2022, bukan hanya orang biasa sahaja yang diuji dengan kegagalan rumah tangga tetapi golongan selebriti tanah air juga berhadapan dengan nasib sama.

Jom baca bingkisan senarai yang telah URTV rangkumkan mengenai kisah artis tempatan yang telah rasmi bercerai.

Siti Saleha & Ahmad Lutfi Azhar

HANYA mampu bertahan empat tahun, aktres cantik Siti Saleha dan bekas suami Ahmad Lutfi Azhar sah bercerai pada 16 Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Klang. Perkahwinan mereka tidak dikurniakan anak.

Shila Amzah & Haris Idraki

PENYANYI Shila Amzah sah bercerai dengan bekas suami Haris Idraki Elias pada 8 Februari lalu.

Mereka bernikah pada April 2018 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak tunggal, Seth Uwais yang kini berusia tiga tahun.

Datuk Afdlin Shauki & Datin Maria Christina Orow Abdullah

HAMPIR 25 tahun akhirnya perkahwinan pelakon, pengarah dan pelawak Datuk Afdlin Shauki bersama bekas isteri, Datin Maria Christina Orow Abdullah menemui titik penamat pada April lalu. Biarpun sudah berpisah, namun tanggungjawab untuk membesarkan tiga anak mereka iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin akan tetap menjadi keutamaan.

Ellie Suriaty & Azri Iskandar

PENCERAIAN pasangan Ellie Suriaty dan Azri Iskandar antara yang paling mendapat sorotan ramai. Apa tidaknya, selepas 19 tahun hidup bersama akhirnya 17 Mei lalu mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur. Tidak lagi sefahaman antara faktor mereka mencari penyelesaian untuk berpisah dengan cara baik. Hasil perkahwinan itu mereka memiliki sepasang cahaya mata iaitu Azrell Omar,18, dan Nur Azreen yang berusia 13 tahun.

Amar Asyraf & Vivy Jeffry

KEMELUT rumah tangga pelakon Amar Asyraf dengan isteri kedua, Vivy Jeffry menemui titik noktah selepas mereka sah bercerai talak tiga di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 19 Mei lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka memiliki seorang cahaya mata lelaki iaitu Mikhail.

Mizz Nina & Noh Salleh

SEBELUM ini mereka digelar sebagai pasangan suami isteri yang paling ideal dan saling melengkapi. Namun, siapa sangka hubungan mereka itu juga berakhir dengan penceraian pada 3 Ogos lalu. Selepas 11 tahun membina mahligai, mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur. Pasangan ini tidak dikurniakan zuriat namun pada April lalu, mereka memperkenalkan bayi lelaki bernama Musa yang merupakan anak angkat pasangan ini.

Nad Zainal & Faliq Amiruddin

NAD Zainal mendedahkan ikatan perkahwinannya sudah terlerai selepas tujuh tahun pertahankan rumah tangganya. Walau bagaimanapun, Nad tidak mendedahkan tarikh sebenar penceraiannya dengan bekas suami. Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai dua cahaya mata, Fahad Ibrahim,6, dan Budi Kalsom yang kini berusia setahun.

Bad Indigo & Ashira Aziz

SEKITAR 23 Jun lalu, Bad dan Ashira Aziz ada memuat naik satu video di Instagram yang memaklumkan mereka sudah sah bercerai. Keputusan itu dibuat selepas berbincang dan mereka berpisah secara baik. Walau bagaimanapun, Bad dan Ashira tidak mendedahkan butiran lanjut tarikh penceraian mereka.

Bad dan Ashira yang masing-masing merupakan bekas peserta Gegar Vaganza musim ketujuh itu bernikah pada 11 Mac tahun lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Baby Shima angkat Bahasa Iban dalam Asai Ke Mimpi, tanda penghargaan buat Sarawak

Penyanyi popular, Baby Shima dilihat semakin mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila tampil dengan single berbahasa Iban berjudul Asai...

More Articles Like This