Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 di Masjid Putra, esok

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

ORANG ramai dijemput hadir ke Masjid Putra, Putrajaya esok bagi memeriahkan majlis Munajat Ambang Tahun Baharu 2023.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam hantaran di Facebook memaklumkan, Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 itu akan turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Jakim, program tersebut akan bermula pada pukul 6.30 petang dengan aktiviti jamuan makan malam diikuti solat Maghrib, solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat pada 7.15 malam.

Perdana Menteri kemudian dijadual memberi ucapan amanat khas pada 8 malam yang turut disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebelum menunaikan solat Isyak pada 8.30 malam.

Baca artikel berkaitan: Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 dibatalkan – PM

“Pengisian malam tahun baharu 2023, Jakim ingin menjemput semua muslimin dan muslimat bersama ahli keluarga, kita meriahkan Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 bersama Perdana Menteri bertempat di Masjid Putra, Putrajaya bermula pukul 6.30 petang.

“Pelbagai pengisian acara disajikan untuk kita semua. Kita jumpa di sana, Insya-Allah,” katanya dalam hantaran tersebut.

Anwar dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet minggu lalu berkata, sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 di Dataran Merdeka dibatalkan berikutan keadaan di beberapa negeri yang dilanda musibah banjir.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This