Tolak ancaman perpaduan, perpecahan politik merugikan – MB Pahang

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MENTERI Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyeru, semua pihak supya menolak segala cubaan yang boleh membawa kepada kekeruhan.

Katanya, tindakan sedemikian tidak membawa sebarang kebaikan malah hanya akan merugikan semua pihak yang terbabit khususnya rakyat.

“Tahun 2022 turut menyaksikan satu proses peralihan kuasa dan kerajaan yang tidak sunyi dari polemik dan kontroversi. Namun, semua itu dapat kita harungi dengan baik.

“Saya menyeru kepada semua untuk menjadikan tahun 2023 sebagai tahun kita memberikan yang terbaik kepada negeri ini.

“Kita tolak segala cubaan yang boleh membawa kekeruhan. Baik dari segi ancaman perpaduan mahupun pecahan politik. Semua itu hanya merugikan,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Baca artikel lain: Siri 3: Jika semua manusia dari Adam, kenapa berbeza bangsa, bahasa dan warna kulit? Jawapan Pensyarah ini cukup mengejutkan

Wan Rosdy berkata, kerajaan Negeri Pahang merangka pelbagai perancangan pembangunan, bantuan dan inisiatif bagi mendepani tahun baharu 2023.

Katanya, pada tahun ini, Pahang merekodkan hasil negeri tertinggi melebihi 1 bilion malah berjaya membawa kemasukan pelaburan sebanyak RM20.5 bilion.

Selain itu, katanya lagi, Pahang juga berjaya mengurangkan hutang negeri sehingga berbaki hanya RM900 juta.

“Fajar 2023 yang menyingsing esok pasti tidak kurang mencabar. Setiap tahun baharu akan selalunya membawa bersama cabaran baharu. Namun, sikap dan tindakan kita harus positif.

“Secara peribadi, saya tidak mempunyai terlalu banyak sasaran melainkan untuk terus mencuba sedaya upaya meletakkan Pahang pada kedudukan yang lebih baik.

“Semoga segala ikhtiar awal bagi menyediakan payung sebelum hujan dengan merangka pelbagai perancangan pembangunan serta bantuan-bantuan dan inisiatif-inisiatif yang telah disusun akan membantu kita mendepani 2023 dengan penuh bersedia,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sukan untuk semua, 42 pasukan DUN meriahkan Liga Bola Jaring Pahang 1st

NEGERI Pahang kini melakar sejarah tersendiri dalam arena sukan apabila penganjuran julung kali Liga Bola Jaring Pahang 1st berjaya...

More Articles Like This