KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) akan meneruskan siasatan bagi tujuan tindakan tatatertib berhubung kejadian seorang jurulatih yang menampar dua pemain remaja perempuan dalam satu kejohanan bola tampar, baru-baru ini.
KPM dalam kenyataan memaklumkan, tindakan sewajarnya akan diambil jika didapati bersalah berhubung klip video yang tular di media sosial itu.
Menurut KPM, satu sesi perjumpaan dengan ibu bapa murid yang terlibat juga akan dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan laporan tersebut.
“KPM juga akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika ada laporan polis dibuat mengenai insiden tersebut.
“KPM sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan kebajikan murid sentiasa menjadi keutamaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: MAVA gantung jurulatih tampar pemain remaja perempuan
Seorang jurulatih yang didakwa menampar dua pemain remaja perempuan telah digantung daripada melibatkan diri dalam semua aktiviti bola tampar kebangsaan sehingga siasatan selesai.
Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) turut memaklumkan pihaknya juga telah mengambil langkah menubuhkan badan siasatan bagi menyiasat kejadian tersebut dengan serta-merta dan akan berhubung dengan pihak berkaitan bagi tujuan berkenaan.
Terdahulu, tular video memaparkan tindakan seorang jurulatih sebuah pasukan bola tampar menampar pemain remaja perempuan. Insiden itu dipercayai berlaku semasa Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 Tahun di Kota Tinggi, Johor yang diadakan pada 14 hingga 16 Disember lepas.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh turut membidas tindakan tersebut manakala Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam ciapan di Twitter menegaskan kementerian itu tidak akan berkompromi bagi menangani isu berkenaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.