Covid-19: Bersatu gesa sekat pelancong dari China elak ancaman varian baharu

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KERAJAAN Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa untuk mengambil langkah proaktif untuk menyekat segera kemasukan pelancong warganegara China bagi mengelakkan ancaman varian baharu Covid-19.

Gesaan itu dibuat Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal rentetan perkembangan Covid-19 yang amat teruk di China ketika ini.

Tegas ahli Parlimen Machang itu, tindakan tangkas dan tegas perlu segera diambil bagi mengelak penularan yang berlaku diluar jangka seperti mana yang telah berlaku pada 2020.

Jelas beliau, antara fokus yang perlu diberi perhatian rapi adalah melibatkan pergerakan keluar-masuk manusia di semua pintu masuk sempadan negara.

“Menurut agensi data kesihatan Airfinity yang berpangkalan di United Kingdom, keadaan Covid-19 di China kembali memuncak bermula pada bulan November 2022 setelah China melonggarkan dasar zero Covid mereka.

“Kesan kawalan yang longgar menunjukkan jumlah kematian dari Disember 2022 sehingga hari ini mencecah 100,000 orang dengan jumlah jangkitan berjumlah 18.6 juta orang.

“Airfinity juga menjangka jumlah kematian akan memuncak pada bulan Januari 2023 dengan kematian yang mencecah 25,000 orang setiap hari,” katanya menerusi perkongsian di media sosial.

Baca lagi: COVID-19: KPM ikut saranan KKM soal penutupan sekolah

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fayhsal berkata, New York Post pada 28 Disember 202 melaporkan, ratusan penumpang dari China yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Malpensa, Milan adalah positif Covid-19 dan terpaksa diasingkan dengan segera.

Jelas beliau, media-media antarabangsa melaporkan varian terbaru ini dikenali sebagai BF.7 dan banyak sudah mula mengambil tindakan pencegahan.

“Misalnya, Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida mengarahkan jumlah penerbangan dihadkan kepada empat lapangan terbang utama dengan pelancong dari negara berisiko wajib menunjukkan keputusan sebelum dibenarkan masuk.

“Amerika Syarikat pula sedang dalam proses menyekat kemasukan pelancong dari China atas sebab kesihatan awam.

“Turki mewajibkan pelancong dari China untuk mengambil ujian Covid-19 sebelum berlepas.

“United Kingdom dan Perancis memantau sampel Covid-19 secara rawak terhadap penumpang yang datang dari negara berisiko,” katanya.

Wan Ahmad Fayhsal berkata, ARMADA menyokong tindakan KKM untuk memperkukuh langkah-langkah dalam berhadapan dengan lonjakan kes Covid-19.

Begitpun, jelas beliau, ARMADA yakin bahawa tindakan tersebut tidak mencukupi dan mahu tindakan pencegahan yang lebih ketat.

Katanya, kerajaan mesti menghalang kemasukan pelancong dari China buat sementara waktu sehinggalah kes harian di China menurun.

“Ini selari dengan gesaan Presiden Persatuan Pelancongan Malaysia, Uzaidi Udanis kerana kita mesti mengambil pengajaran daripada gelombang pertama dan kedua Covid-19 yang meranapkan industri pelancongan negara

“Kerajaan Malaysia wajib mengambil pengajaran daripada kesilapan kerajaan Pakatan Harapan pada Febuari 2020 yang lambat menyekat kemasukan pelancong daripada negara berisiko.

“Kesilapan kerajaan pada ketika itu mengakibatkan kematian ribuan rakyat dan kemusnahan ekonomi yang sampai sekarang masih belum pulih,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sukan untuk semua, 42 pasukan DUN meriahkan Liga Bola Jaring Pahang 1st

NEGERI Pahang kini melakar sejarah tersendiri dalam arena sukan apabila penganjuran julung kali Liga Bola Jaring Pahang 1st berjaya...

More Articles Like This