Fenomena La Nina dijangka berterusan hingga Februari

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

FENOMENA La Nina yang melanda negara ketika ini dijangka berterusan sehingga bulan hadapan dengan kebarangkalian mencecah 50 peratus.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan berkata, kebanyakan model iklim antarabangsa menunjukkan kitaran atmosfera di kawasan tropika konsisten dengan keadaan El-Nino Southern Oscillation (ENSO) adalah La Nina.

Menurut METMalaysia, negara ketika ini berada dalam fasa Monsun Timur Laut (MTL) yang telah bermula sejak 7 November 2022 dan dijangka berakhir pada Mac depan.

Semasa tempoh MTL, METMalaysia meramalkan negara akan menerima tiupan angin yang konsisten dari arah timur laut antara 10 hingga 20 kilometer per jam.

“Sepanjang MTL 2022-2023, empat hingga enam episod luruan monsun dijangka berlaku dan menyebabkan ombak besar serta laut bergelora di Laut China Selatan.

“Beberapa siri hujan lebat yang menyeluruh juga dijangka berlaku terutama di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, barat Sarawak dan utara Sabah,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Baca artikel berkaitan: Amaran hujan berterusan di Sarawak ditamatkan – MetMalaysia

Mengulas lanjut, METMalaysia meramalkan kebanyakan negeri di Semenanjung akan menerima taburan hujan pada paras purata antara 50 hingga 400 milimeter (mm) bulan ini.

Jelasnya, kebanyakan bahagian di Sarawak pula menerima jumlah hujan purata antara 250mm hingga 800 mm manakala Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka menerima hujan pada paras purata 100mm hingga 300mm kecuali Kudat dan Sandakan yang menerima hujan melebihi purata iaitu antara 450 hingga 600 mm.

METMalaysia memberitahu, keadaan cuaca negara dijangka akan dipengaruhi fasa Monsun Barat Daya yang biasanya bermula pada pertengahan Mei hingga September.

“Dalam tempoh ini, kejadian ribut petir dan hujan lebat dijangka berkurangan dengan kebanyakan negeri akan mengalami lebih banyak bilangan hari tanpa hujan.

“Pada bulan Mei, kebanyakan kawasan di Semenanjung dijangka menerima hujan pada paras purata antara 100mm hingga 350mm.

“Di Sarawak, bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Sibu dijangka menerima hujan sedikit bawah purata antara 150mm hingga 200mm manakala di lain-lain bahagian dijangka menerima hujan pada paras purata 150 hingga 350mm.

“Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pula dijangka menerima hujan pada paras purata antara 100mm hingga 350mm,” jelasnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Penunggang maut dirempuh motosikal ketika lintas persimpangan lampu isyarat

SEORANG penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di persimpangan lampu isyarat jejantas atas Jalan Johor...

More Articles Like This