Bot laju karam dipukul ombak, 28 pelancong asing selamat

Dari Penulis

SERAMAI 28 pelancong asing berdepan detik cemas apabila bot laju yang dinaiki karam dalam kejadian di perairan Gianyar, Bali, pada 4.50 petang semalam.

Memetik laporan Detik.com, kejadian berlaku sewaktu bot laju terbabit dalam perjalanan dari Nusa Penida, Klungkung ke Sanur, Denpasar.

Difahamkan, kapal terbabit karam selepas berlaku kebocoran pada badan kapal.

Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Bali, Pesuruhjaya Stefanus Satake Bayu Setianto berkata, kapal terbabit mula tenggelam 20 minit berlayar di perairan.

Baca artikel : Dua kru diselamatkan selepas tongkang dinaiki karam di Labuan

Sementara itu menurut pengurus syarikat bot laju Ekspres Kebo Iwa, Kadek Ariana, beliau mengesyaki kebocoran berlaku disebabkan terkena ranting atau objek tajam yang terapung di lautan.

Malah, beliau juga menafikan kemalangan berlaku disebabkan oleh pukulan ombak.

“Apa yang jelas, semua penumpang selamat.

“Kemalangan juga bukan disebabkan muatan yang berlebihan kerana kapasiti bot laju adalah seramai 90 orang,” katanya.

Tambahnya, kesemua penumpang bot laju selamat dan hanya mengalami cedera ringan.

“Semua penumpang diselamatkan sebuah bot Idola Express dan Semabhu Hills yang kebetulan berada di tempat kejadian”.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This