KERAJAAN negeri Sabah hari ini menetapkan pengembara yang berlepas dari China perlu lengkap vaksinasi COVID-19 mengikut kriteria negara asal masing-masing sebelum memasuki negeri ini, berkuat kuasa 8 Jan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata pengembara berkenaan juga perlu menunjukkan ujian COVID-19 (RT-PCR atau RTK Ag Professional) dengan keputusan negatif dalam tempoh 48 jam sebelum berlepas.
“Perkara itu diputuskan Jemaah Menteri Negeri Sabah yang bermesyuarat hari ini,” kata jurucakap COVID-19 kerajaan Sabah itu menerusi kenyataan malam ini.
Masidi berkata kerajaan negeri juga menetapkan semua pengembara dari luar negara yang tiba di Sabah dikehendaki menjalani saringan suhu dan pengembara dikesan mempunyai simptom demam akan menjalani pemeriksaan lanjut.
“Pengembara yang mempunyai gejala COVID-19 wajib menjalani ujian RTK Antigen COVID-19,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata sebanyak 12 kes COVID-19 dilaporkan di Sabah hari ini manakala 138 pesakit masih menerima rawatan dengan 10 daripadanya memerlukan penjagaan kritikal dan 23 pesakit telah pulih.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

