Tolonggg..langit terasa nak runtuh! Seksanya kepala berpusing. Ini rawatan bila vertigo menyerang

Dari Penulis

Terasa langit akan runtuh. Seluruh dunia seakan-akan sedang berputar. Setiap kali mata dibuka, pandangan akan berpusing-pusing disertai rasa loya dan muntah sehingga si penderita takut untuk bergerak atau membuka mata.

Bukan sekadar pening biasa, vertigo berpunca daripada ketidakseimbangan membabitkan telinga atau bahagian serebelum pada otak yang berfungsi mengawal keseimbangan anggota badan.

Vertigo bukan penyakit, ia adalah simptom untuk beberapa jenis penyakit yang membabitkan sistem vestibular iaitu sensor untuk pergerakan. Serangan tanpa sebarang rawatan boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan.

Malah ada sesetengah kes, vertigo memberi kesan kepada deria pendengaran.

Terdapat beberapa cara bagi merawat bagi membantu mengurangkan gejala vertigo.

Ubat-ubatan

Gejala vertigo boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat seperti Meclizine. Ubat ini juga digunakan untuk merawat alahan, mabuk kenderaan atau vertigo yang disebabkan penyakit Meniere.

Senaman

Jika tidak sempat mendapatkan rawatan, cuba teknik senaman yang dikenali sebagai terapi rehabilitasi vestibular (TRV). Ia membantu mengurangkan gejala dan mudah dilakukan kerana hanya memerlukan pergerakan setempat.

  1. Pengekalan renungan yang boleh memperbaiki kawalan pergerakan mata Ketika pergerakan kepala.
  2. Latihan keseimbangan bagi membantu keseimbangan badan Ketika sedang bergerak.

Namun jika masalah semakin teruk, segera dapatkan rawatan di klinik berdekatan.

Teknik Epley

Selain itu, anda boleh cuba pergerakan Epley bagi membantu mengurangkan gejala vertigo. Caranya, anda perlu duduk dan palingkan kepada 45 darjah ke sisi dan kemudian berbaring secara menelentang.

Ketika berbaring, palingkan kepala sebanyak 90 darjah ke sisi yang lain dan tunggu sehingga 30 saat. Ulang proses ini bergantung kepada bahagian kepala yang mengalami pening.

Kredit foto : Chicago Dizziness and Hearing, 2007.

Teknik Foster

Melutut dan dongakkan kepala ke atas selama beberapa saat dan kemudian sujud sehingga dagu terkena lutut dan tunggu sehingga vertigo reda. Kemudian palingkan kepala ke bahagian kiri atau kanan selama setengah minit dan dongakkan kepala. Jika sudah rasa stabil, cuba berdiri perlahan-lahan dan ulang proses ini sehingga vertigo reda.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Zulhijjah menyisih ego, membebas jiwa

Oleh : Pegawai Pejabat Zakat, Wakaf, Infaq (ZAWAIN) dan Pensyarah Sambilan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia...

More Articles Like This