Seorang wanita warga emas dan cucunya melecur, manakala anaknya cedera ringan selepas rumah mereka terbakar dipercayai akibat kebocoran gas memasak di Jalan Riang 14, Taman Gembira, di Johor Bahru awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau Penolong Penguasa Bomba Shamsul Khomari Bakar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5 pagi.
Beliau berkata warga emas berusia 70 tahun dan cucu perempuan 10 tahun itu melecur tahap pertama dengan kulit mengelupas akibat kebakaran, manakala anak perempuannya berusia dalam lingkungan 30-an, cedera ringan di muka akibat serpihan kaca cermin tingkap.
“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kekal dua tingkat dan terbakar hingga 60 peratus.
“Kemungkinan berlaku kebocoran gas memasak yang menyebabkan kebakaran itu, kebakaran pula teruk di bahagian dapur dan tingkat bawah, namun siasatan lanjut akan dibuat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Shamsul Khomari berkata bagaimanapun, ketiga-tiga mereka sempat keluar menyelamatkan diri sebaik pihak bomba tiba di lokasi kejadian dan dibawa ke Hospital Sultan Ismail, di sini untuk menerima rawatan.
— BERNAMA
Thursday , 05 January 2023
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

