Dua lelaki lindungi kegiatan curi kayu balak dicekup

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan seorang penjawat awam dan pesara kerajaan yang dipercayai menerima wang ‘habuan’ bagi melindungi kegiatan mencuri kayu balak dari kawasan hutan simpan sekitar Kuala Lipis. 

Kedua-dua suspek lelaki itu dipercayai menerima rasuah antara RM500 hingga RM2,000 daripada pemilik syarikat dari November 2019 hingga 2020.

Sumber memaklumkan suspek pertama yang berusia 40 tahun ditahan di pejabat SPRM Cawangan Raub ketika hadir memberi keterangan pada 2.30 petang tadi manakala suspek kedua, 61, ditahan pada kira-kira 7 malam semalam.

SPRM Pahang turut menahan seorang lagi penjawat awam yang dipercayai menerima rasuah berjumlah RM1,500 sebanyak dua kali daripada seorang individu sebagai balasan untuk melepaskan barang-barang disita oleh sebuah jabatan kerajaan yang terbabit dengan aktiviti perhutanan pada Disember 2018.

Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan di pejabat SPRM Cawangan Raub pada kira-kira 7 malam semalam ketika hadir memberi keterangan.

Pengarah SPRM Pahang Hairuzam Mohmad Amin@Hamim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This