Polis kenal pasti empat individu tular langgar lampu isyarat

Dari Penulis

Polis telah mengenal pasti seorang pemandu lori dan tiga penunggang motosikal yang dirakam melakukan kesalahan trafik di persimpangan lampu isyarat Kampung Acheh, Seri Manjung di Lumut yang tular semalam. 

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata keempat-empat individu berumur 18 hingga 30 tahun itu berjaya dikesan dan akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung. 

Video tidak dikaburkan di bawah ⬇️

“Polis mengesan video yang tular berhubung kejadian itu kira-kira pukul 8.20 malam Rabu yang dimuat naik menerusi akaun Facebook bernama Chi Chot yang dipercayai berlaku pada 4.50 petang Selasa lepas. 

“Video berdurasi 16 saat itu memaparkan empat individu bergerak dalam keadaan lampu isyarat masih merah berhampiran Kilang YTY Kampung Acheh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Baca artikel : Lelaki maut, warga emas parah selepas pikap dirempuh kereta api

Beliau berkata kes disiasat di bawah Peraturan 17 Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan 1959 (Rule 17 LN 167/59) dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat trafik Insp Muhammad Asyraf Henry Philip melalui talian 016-5572540.

Beliau menasihatkan kepada pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan jalan raya ditetapkan termasuk memandu dengan berhemah dan tidak melanggar lampu isyarat. 

— BERNAMA 

Thursday , 05 January 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This