Tidak lagi ‘sebulu’ punca Qi Razali tinggalkan OAG selepas 30 tahun bersama?

Dari Penulis

SELEPAS 30 tahun bersama, pemain dram OAG iaitu Qi Razali membuat keputusan untuk meninggalkan kumpulan terbabit.

Qi,45, yang juga pelakon dan pengacara itu mengumumkan perkara berkenaan menerusi ciapan di Twitter sekaligus memaklumkan Konsert 30 Tahun Generasiku OAG di Stadium Malawati, Shah Alam pada 25 Disember tahun lalu adalah aksinya yang terakhir bersama kumpulan popular itu.

“Okay, baiklah, cukuplah OAG, sekali lagi ini adalah Qi. Saya sudah membuat keputusan dengan kerelaan hati saya. Itulah persembahan terakhir saya untuk OAG.

“Pilihan jalan hidup yang mendorong aku buat keputusan ni. Band tu tetap akan terus wujud, jangan risau. Kekuatan band tu bukan pada pemain dram.

“Jadi, boleh saja ganti mana-mana pun. Pilihan aku adalah untuk kebaikan aku. Kalau korang sokong kerjaya aku, sokong lah langkah aku kali ni,” tulisnya.

Dalam pada itu, Qi seolah memberi bayangan apabila punca pengundurannya itu disebabkan ada berlakunya konflik dalam kumpulan yang memperjuangkan genre rock alternatif itu.

“Aku tisu tanda, gunalah aku selagi bernyawa. Jangan tanya kenapa aku buat keputusan ini. Aku ada hak. Ini hidup aku…aku pilih jalan hidup aku. Lu kekal lu punya lorong, okay?

“Adakah aku terlalu lembut sampai orang pijak aku? Tahun ini tak ada lagi okay. Kalau aku berlagak atau nampak macam aku pentingkan diri sendiri, ya aku pentingkan diri aku tahun ini.

“Selamat tinggal manusia toksik. Sila pergi jauh,” luahnya.

Meskipun keputusan itu berat untuk dilakukan, namun Qi enggan lagi menoleh ke belakang dan akan tetap meneruskan kerjaya seninya dalam bidang lain.

Difahamkan, Qi akan memberik kenyataan lanjut berhubung berita pengundurannya dalam masa terdekat.

Untuk info, OAG dianggotai oleh Radhi sebagai vokalis, Amal Bellamy (gitaris) dan Nazrin Zabidi (bass)


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This