Teringin Nak Masak Udang Mentega Bersarang, Rupanya Senang Aje..

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Ada pelbagai versi resipi udang mentega, antaranya diolah dengan menggunakan santan, campuran jus lemon, susu segar, krim keju dan sebagainya. Ikutlah selera kita mana yang suka.

Untuk mendapatkan rasa udang mentega yang enak, perlu menggunakan udang yang segar. Untuk membuat sarang pula, telur perlu ditapis ke dalam kuali sambil dikacau laju untuk menghasilkan sarang yang halus dan cantik. Aroma tumisan daun kari, bersama mentega membangkitkan rasa. Apa yang pasti, cara masak udang mentega ini rupanya senang yang amat.

  • BAHAN
  • 500 gm udang
  • 1 cawan santan
  • 2 sudu besar krim keju
  • 2 biji kuning telur – kacau
  • 5 tangkai cili padi – racik
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar minyak masak
  • BAHAN UNTUK SARANG
  • 3 sudu besar mentega – untuk telur
  • 3 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum

1. Udang yang telah dibersihkan, digaulkan dengan sedikit tepung gandum. Kemudian goreng udang menggunakan api besar dengan minyak yang cukup panas. Angkat udang dan ketepikan.

2. UNTUK MEMBUAT SARANG TELUR : Pukul ringan kuning telur. Panaskan minyak masak, dan cairkan mentega. Pastikan minyak betul-betul panas dan api besar. Tapiskan kuning telur ke dalam kuali sambil  dikacau laju sehingga telur berkirai. Angkat telur dan tuskan minyak. Ketepikan.

3. Kemudian cairkan mentega selebihnya, tumis daun kari dan cili padi sehingga naik bau. Masukkan santan dan krim keju. Kacau sebati.

5. Akhir sekali, masukkan udang dan gaul rata sehingga udang bersalut krim. Angkat udang dan hidangkan dengan sarang telur mengikut kreativiti anda.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tasty Touch Catering pakar dalam hidangan ‘finger food’

TASTY Touch Catering bermula lebih dari 10 tahun yang lalu sebagai sebuah dapur kecil di Cheras, Kuala Lumpur, dengan...

More Articles Like This