Kerabu Kulit Ubi Kayu, Menu Darurat Yang Semakin Dilupakan

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Amalkan makan ubi kayu, kerana ia mempunyai banyak khasiat antaranya kalsium, vitamin C, protein, karbohidrat, karoten dan lisin. Di Indonesia, ubi kayu selain dijadikan pelbagai menu masakan, ia turut diolah menjadi bedak sejuk dan masker untuk merawat kulit wajah.

Ubi kayu juga boleh menyembuhkan migrain, anti kanser, menurunkan berat badan dan bertindak menyingkirkan bakteria di dalam perut serta mengurangkan gejala cirit-birit. Tidak hairanlah, tok nenek kita dahulu sihat meskipun sudah meningkat usia.

Kerabu Kulit Ubi Kayu

BAHAN
2 batang ubi kayu
2 batang serai – hiris halus
2 batang kacang botol – hiris halus
½ biji kelapa parut – ambil putih sahaja
2 tangkai cili merah – hiris
1 labu bawang besar – hiris
2 biji limau nipis – ambil jusnya
Sedikit cili padi – hiris
Garam dan gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN

1. Kopek kulit ubi kayu, dan dihiris halus. Kemudian rebus sehingga empuk. Ketepikan.

2. Hiris kacang botol, cili merah, bawang besar dan cili padi. Ketepikan.

2. Kemudian sangai kelapa parut bersama hirisan serai sehingga garing dan berbau wangi.

3. Masukkan hirisan kulit ubi kayu, ke dalam mangkuk dan gaul rata bersama kelapa sangai.

4. Bubuh garam dan gula, serta perahan jus limau nipis. Sebatikan rasa dan bolehlah dihidangkan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This