Op Kontraban : 23 ditahan, lebih RM27 juta barangan dirampas minggu pertama tahun ini

Dari Penulis

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya merampas pelbagai barangan bernilai lebih RM27 juta dalam sembilan serbuan Op Kontraban seluruh negara pada minggu pertama tahun ini dalam usaha mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan barangan bersubsidi.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata 17 warga tempatan dan enam warganegara asing turut ditahan dalam operasi oleh Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar, Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas, serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam itu.

“Keseluruhan rampasan bernilai RM27,400,605.20 melibatkan rampasan bernilai RM24, 229, 455.70 di bawah Akta Kastam 1967, Akta Kawalan Bekalan 1961 (RM971,149.50) dan Akta Racun 1952 (RM2,200,000),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sepanjang tahun lepas pula, polis berjaya menahan seramai 306 individu dengan nilai rampasan RM132,707,431.40 menerusi operasi yang sama.

Katanya jumlah itu melibatkan rampasan bernilai RM68,047,396.60 di bawah Akta Kastam 1967, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 1967 (RM25,000), Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (RM2,855,370), Akta Bahan Letupan 1957 (RM7,576,222) dan Akta Kawalan Bekalan 1961 (RM40,360,702.80).

— BERNAMA

Monday , 09 January 2023


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

TVET pengangkutan buka 3,208 peluang kerja untuk veteran ATM

SEBANYAK 3,208 peluang pekerjaan dalam sektor pengangkutan disediakan kepada anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi kerjasama strategik...

More Articles Like This