Kertas Dasar gubal Akta Mara 2026 dilulus Jemaah Menteri

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KABINET dilapor telah pun meluluskan Kertas Dasar untuk penggubalan Akta Majlis Amanah Rakyat (Mara) 2026 baharu.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Menurut Asyraf Wajdi, akta baharu itu akan menggantikan Akta Mara 1966.

Beliau berkata, sebanyak 80 peratus perubahan besar dalam draf cadangan Akta Mara 2026 itu melibatkan soal tatakelola dan tadbir urus berasaskan piawaian antarabangsa dan amalan tadbir urus korporat yang baik.

“Antaranya termasuk pemisahan kuasa yang jelas antara lembaga pengarah dan pengurusan.

“Tidak seperti mana hari ini yang memberikan kuasa terlalu besar dan pemusatan kuasa kepada Pengerusi Mara yang terdedah kepada pelbagai risiko korporat,” katanya dalam hantaran tersebut.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, pengukuhan tadbir urus korporat dan pengurusan kewangan yang baik juga penting bagi memastikan tiada berlakunya kecurangan, ketirisan, pembaziran atau salah guna kuasa dalam pentadbiran Mara.

Kata beliau, langkah itu seterusnya mampu menjamin pelaksanaan agenda pembangunan Bumiputera, khususnya dalam bidang pendidikan, ekonomi dan pembangunan usahawan, dapat direalisasikan secara lebih berkesan.

Pada masa sama, beliau berharap akta berkenaan akan mendapat sokongan Ahli Parlimen apabila dibentangkan kelak demi memastikan pentadbiran institusi itu lebih kemas dan berkesan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PDRM buat persiapan awal hadapi PRN Johor

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan persiapan awal menjelang pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi. Perkara itu...

More Articles Like This