Pesan Rasulullah s.a.w: Jangan berdusta sekalipun hal mudah

Dari Penulis

Dalam sebuah kisah dari seorang sahabiyah (sahabat perempuan Rasulullah s.a.w.) bernama Asma binti Umais. Beliau merupakan salah seorang sahabat wanita yang pertama memeluk agama Islam. Dia telah mengucapkan kalimah syahadahnya sebelum Baginda s.a.w. berdakwah di Darul Arqom. Beliau membaiat Rasulullah s.a.w. dan ikut sama berhijrah ke Habsyah dan ke Madinah.

Asma pernah bercerita bahawa suatu hari beliau telah mendapat teguran dari Baginda s.a.w. agar tidak berdusta walaupun hanya sebab yang mudah atau ringan. Menurutnya,

“Aku adalah orang yang mendandani Aisyah r.ha dan menyerahkannya kepada Baginda s.a.w. Saat itu Baginda s.a.w. ada beberapa wanita yang turut hadir. Kami tidak melihat di sisi Baginda adanya jamuan kecuali hanya satu teko yang berisi susu.

Beliau mengambilnya dan minum darinya. Kemudian beliau memberikan kepada Aisyah. Namun Aisyah malu-malu. Lalu aku katakan padanya,

“Jangan kau tolak pelawaan Rasulullah” Aisyah pun mengambil dan meminumnya.

Beliau juga katakan padaku, “Berikan susu ini kepada teman-temanmu juga

Asma mengatakan, “kami tidak menginginkannya

Baginda s.a.w. lalu menanggapi kata-kata Asma, “Jangan kalian gabungkan dusta dan rasa lapar

Asma berkata lagi, “Jika seorang dari kami mengatakan sesuatu yang dia inginkan tetapi malah yang diucapkan tidak ingin, adakah itu termasuk dusta ya Rasulullah?”

Nabi s.a.w. pun menjawab, “Sesungguhnya satu kedustaan tetap tercatat sebagai dusta, hingga dusta ringan akan tercatat sebagai dusta ringan”  

Kalaulah dusta yang ringan tetap dikira sebagai dosa berdusta, sudah pasti jika dusta pada perkara yang lebih besar mendatangkan murka dan mendapat balasan dosa yang besar.

Boleh berdusta dengan sebab…

Walau bagaimanapun dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Kultsum bin Uqbah bin Abu Mu’aith bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Bukanlah termasuk pendusta orang yang mendamaikan pihak-pihak yang bertikai, orang yang berkata demi kebaikan dan orang yang membangkitkan (mengingatkan) kebaikan” (HR Muslim).

Dalam keadaan tertentu perkataan dusta sebenarnya boleh diungkapkan. Menurut imam az-Zuhri,

“Saya tidak pernah mendengar diperbolehkannya dusta yang diucapkan oleh manusia melainkan dalam tiga perkara iaitu, dusta dalam peperangan, dusta untuk mendamaikan pihak-pihak yang sedang bertelagah, dan dusta suami terhadap isteri atau isteri terhadap suami (untuk meraih kebahagiaan atau menghindari keburukan” (HR Muslim)

Di dalam kitab Syarh Muslim, Imam Nawawi menyatakan, maksud dusta suami terhadap isteri dan sebaliknya adalah dusta ketika menampakkan cinta kasih dan ketika berjanji pada perkara yang tidak wajib atau sejenisnya.

Walau bagaimanapun dusta di antara suami dengan maksud menipu untuk mendapatkan perkara yang bukan haknya maka dusta seperti itu haram hukumnya berdasarkan ijmak ulama. Begitu juga dengan dusta bagi mendamaikan pihak-pihak yang bertelagah.

Sememangnya dalam Islam, maqasid atau falsafah yang memperbolehkan dusta seperti ini adalah untuk menghindari dari mafsadah berlaku (kerosakan, kehancuran atau bencana yang besar). Seperti permusuhan sesama kaum muslimin, penceraian antara suami isteri atau bermaharajalelanya kezaliman.

Itu kerana, jika ia terjadi tentu mudarat atau kesannya akan menjadi lebih teruk sehingga ada kalanya boleh menyebabkan hilang nyawa, maruah atau sebagainya. Oleh kerana itulah dalam syariah Islam menghilangkan kemungkaran atau kemudaratan yang besar itu lebih utama dibandingkan dengan kemanfaatan. Wallahu a’lam

_____________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fahami perbezaan hadis daif, palsu dalam beramal di era digital

Oleh Mohd Shahrizal Faizal Mahasiswa Tahun 3 di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. PERKEMBANGAN media sosial pada...

More Articles Like This