Alangkah manisnya khusyuk di dalam solat, ini 6 cara mendapatkannya

Dari Penulis

Ramai orang Islam yang mengerjakan solat tetapi berapa ramai yang dapat merasai manisnya khusyuk di dalam solat? Solat yang tidak khusyuk ibarat persembahan hadiah yang tidak mempunyai nilai dan tidak memberi sebarang makna.

Dalam al-Quran menyebut bahawa orang yang beriman itu adalah orang yang melakukan solat dengan khusyuk. Firman Allah surah al-Mukminun: 1-2

“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya”

Walau apa pun syarat khusyuk yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan meneguhkan keimanan kepada Nya.

Khusyuk di dalam solat bermula dari khusyuk di luar solat. Kalau di luar solat, hati tidak khusyuk dengan Allah, jadi memang payah untuk khusyuk di dalam solat. Imam al-Ghazali menyatakan, orang yang tidak khusyuk solatnya dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain mengingati Allah, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi, solat itu ‘munajat’ seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali boleh khusyuk dalam solatnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Bagi mereka yang ingin mendapatkan khusyuk ketika solat, ayuh kita sama-sama cuba tips berikut:

 1. Jaga pemakanan

Jauhkan diri kita memakan makanan dari sumber yang tidak diketahui. Cari yang hanya bertanda halal semata-mata. Makanan merupakan faktor yang paling penting untuk mendidik jiwa. Sunnah nabi, berhenti sebelum kenyang dan makan ketika lapar. Bila kita makan banyak kita akan mengantuk dan menguatkan nafsu kita. Dalam masa yang sama susah untuk kita melaksanakan ibadah kepada Allah dengan sempurna.

2. Wuduklah dengan sempurna

Ambil wuduk dengan sempurna  dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.   Wuduk yang baik akan membuatkan solat menjadi baik, menentukan solat itu diterima atau pun tidak ialah berasal dari wuduknya.

3. Mulakan dengan istighfar

Sebelum memulakan solat disunatkan kita membaca istighfar, tiga Kul (Surah an-Nas, Surah al-Falak, Surah al-Ikhlas.) Fadilat surah ini ialah untuk mencegah dari gangguan syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk melalaikan manusia ketika solat.

4. Ikhlaskan hati

Hadirkan diri ketika solat seolah-olah sedang berhadapan dengan Allah, rasa kehinaan kita kepada Allah, dan rasa taubat dengan segala kesalahan yang telah kita lakukan. Diri kita akan merasa gerun dan takut akan segala seksaan Allah terhadap segala dosa yang telah kita lakukan.

5. Hayati bacaan

Ketika solat perlu kita mentadabbur makna bacaan kita dalam solat, untuk memelihara hati kita supaya ia khusyuk dalam solat. Jika tidak tahu mentadabbur makna bacaan dalam solat maka boleh kita membayangkan segala perkataan dalam solat kita.

6. Solat berjemaah

Kalau boleh dirikanlah solat secara berjemaah kerana pahalanya sudah tentu berganda-ganda berbanding jika solat bersendirian. Lagipun solat berjemaah, susah untuk diganggu syaitan. Sesiapa yang solat berseorangan diibaratkan sepertimana kambing yang berpisah dari kumpulannya dan mudah menjadi mangsa kepada serigala yang sentiasa mengintainya.

_____________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fahami perbezaan hadis daif, palsu dalam beramal di era digital

Oleh Mohd Shahrizal Faizal Mahasiswa Tahun 3 di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. PERKEMBANGAN media sosial pada...

More Articles Like This