STATUS rumah tangga pelawak, Shuk Sahar dengan isteri, Rossa Sera kembali menjadi perbualan apabila mereka dilihat menunaikan ibadah umrah bersama.
Menerusi perkongsian video di TikTok, Sera memohon orang ramai mendoakan agar urusan mengerjakan umrah bersama Shuk dipermudahkan.
“Assalamualaikum semua, doakan kami berdua supaya dapat umrah yang mabrur, dapat perbaiki diri.
“Gementar tapi gembira sangat. Alhamdulillah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam hantaran berbeza di Instagram, Shuk turut meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah buat kali kedua bersama isterinya.
Menerusi pemerhatian URTV di ruangan komen, rata-rata netizen gembira dan mendoakan yang baik buat pasangan ini.
Malah, ada yang menitipkan pesanan agar Shuk tidak lagi mengulangi perbuatan sama setelah banyak peluang diberikan oleh Sera.
Sebelum ini, kemelut rumah tangga pasangan ini bagaikan tiada kesudahan apabila Shuku dilihat seperti tidak menyesali dengan perbuatannya bermain kayu tiga dibelakang Sera.
Sera pernah mendedahkan sendiri perbuatan curang suaminya itu menerusi beberapa perkongsian video yang dirakam ketika Shuk berada di rumah wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.
Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak iaitu Nur Qurratu Ain,6 dan Nur Assyifatu Aimi yang berusia tiga tahun.

