Bukan sekali dua papa menangis sebab awak! Jangan jadi anak derhaka – Puteri Sarah Liyana

Dari Penulis

PELAKON Puteri Sarah Liyana memberi pesanan padu kepada suaminya, Syamsul Yusof mengenai kifarah itu pasti ada selepas pengarah sensasi itu membuatkan ibu dan bapanya menitiskan air mata kerana bernikah lagi satu tanpa restu.

Dedah Puteri Sarah,38, dia sudah menganggap mentuanya sebagai ibu bapa kandung sendiri.

“Datuk Yusuf Haslam sudah saya anggap seperti bapa kandung sendiri. Bukan lagi bapa mentua tapi macam bapa kandung sendiri. Bukan sekali dua papa menangis kerana awak. Berkali-kali. Beraninya awak!.

“Jangan jadi anak yang derhaka. Kami juga buat ibu awak memangis. Ketawalah belah sana, ketawalah. Kifarah itu ada,” katanya menerusi hantaran di Instagram Story.

Meskipun terluka dan disakiti kerana suami berlaku curang, namun Puteri Sarah tetap mendahulukan mentuanya.

Malah, Puteri Sarah yang akan pergi menunanikan ibadah umrah pada 26 Januari itu juga, berjanji akan mendoakan kebahagiaan mentuanya.

“Insya-Allah Sarah pergi umrah 26 Januari ini. Sarah akan doakan kebahagiaan mama dan papa. Sarah tak bahagia tak apa, saya boleh sembuhkan sendiri tapi jangan mama dan papa tak bahagia,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof mengaku dah nikah dengan Ira Kazar, minta Puteri Sarah pulang ke rumah untuk selesaikan konflik rumah tangga , “Kami tidak akan maafkan Kazar kerana bantu anaknya kahwin….,” – Ibu Syamsul Yusof

Terdahulu, Yusof yang juga penerbit filem dan drama menitiskan air mata ketika ditemubual Melodi TV3 berhubung permasalahan rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah termasuk perkahwinan kedua anaknya itu.

Pada Jumaat lalu, Syamsul membuat pendedahan sudah berkahwin kali kedua dengan wanita pilihan hatinya, Ira Kazar di Thailand dengan berwalikan bapanya sendiri, pelakon veteran, Kazar Saisi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Mama takut kecewakan kakak lagi…,” – Demi impian Tiara nak adik, isteri Achey cekal tempuh rawatan IVF

DI sebalik tawa dan jenaka yang sering menghiburkan jutaan peminat, pelawak popular Achey memendam hasrat dan tekad yang besar...

More Articles Like This