Video Aliff Aziz di kelab malam tular, rakan pelakon tampil bersihkan nama – “Tak pasal-pasal dia kena fitnah…,”

Dari Penulis

NAMA penyanyi dan pelakon Aliff Aziz kembali menjadi perhatian ramai selepas tular sebuah video seorang lelaki yang seakan miripnya sedang seronok berhibur di kelab malam.

Walau bagaimanapun, pelakon Shahidan Izwan tampil membantu membersihkan nama Aliff dan menjelaskan video yang tersebar itu adalah ketika mereka sedang menjalani penggambaran sebuah drama.

“Tak pasal-pasal dia kena fitnah #kuakadkaudenganbismillah.

“Penat aku tulis dalam Instastory yang kami sedang jalani penggambaran,” tulisnya di Instagram miliknya.

Malah, Shahidan turut berkongsi foto dan beberapa video bersama Aliff di kelab hiburan yang dijadikan sebagai lokasi penggambaran.

Sementara itu, menerusi laporan mStar, Shahidan memberitahu, ketika video tersebut tular di media sosial, dia turut bersama dengan Aliff.

“Semalam saya ada dengan Aliff. Dia kata ini semua ujian dan teguran Allah atas kesilapan yang pernah dia lakukan sebelum ini.

“Dia okay tiada masalah, cuma nampak macam stres sedikit. Dia pun mempersoalkan kenapa orang ambil video dia macam itu,” ujarnya.

Jelas Shahidan atau Ahmad Shahidan Izwan Mohd Ali,26, dia tidak pasti video terbabit disebar bagi tujuan pemasaran atau sebaliknya.

Namun, Shahidan tidak menolak jika individu terbabit berniat jahat untuk menjatuhkan reputasi Aliff yang juga suami kepada pelakon Bella Astillah.

“Apa yang saya lihat pada video itu, ia bagai terkejar-kejar nak jatuhkan seseorang dengan cara merakam video secara sorok-sorok.

“Kami juga pelik lihat orang rakam video macam itu. Macam dibuat-buat dan disengajakan. Wanita dalam video tersebut bukanlah heroin tetapi pelakon tambahan.

“Aliff yang saya kenal adalah seorang yang baik. Aliff yang sekarang ini berbeza dengan yang dulu. Ketika di set penggambaran, dia selalu nasihatkan saya untuk rendakan diri dan sentiasa ingat Allah,” katanya.

Selain Shahidan dan Aliff, drama yang bakal ditayangkan pada 27 Januari itu turut dibintangi oleh Sophia AlBarakbah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This