Budak empat tahun mati lemas jatuh dalam parit

Dari Penulis

SEORANG kanak-kanak lelaki mati lemas selepas terjatuh ke dalam parit takungan air di Kampung Rawa-Rawa, Jalan Kuhara, Tawau, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, dalam kejadian pukul 5 petang itu, mangsa berusia empat tahun mandi sendirian di hadapan rumahnya.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan membabitkan kejadian daripada ibu saudara mangsa pada pukul 7.36 malam.

“Hasil siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur jenayah dikesan,” katanya memetik laporan Deasoka.

Baca: Dipercayai jatuh ketika memancing, remaja ditemukan lemas

Tambah Jasmin, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tawau dan bedah siasat akan dijalankan bagi mengesan punca kematian.

Kes kini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mayat lelaki ditemukan terapung bawah jambatan di Kemaman

MAYAT seorang lelaki warga tempatan ditemukan terapung di bawah Jambatan Seberang Tayor, Kemaman, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan...

More Articles Like This