Kemelut Sabah: Inilah realiti UMNO yang tidak menghormati perjanjian – Wan Saiful

Dari Penulis

SITUASI politik Sabah yang dilihat sebagai meruncing menjadi manifestasi kepada sikap sebenar segelintir pemimpin UMNO dalam hal perebutan kuasa.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa, pemimpin UMNO dilihat tidak menghormati perjanjian yang dilakukan sebelum ini demi membolehkan mereka terus berkuasa.

“Saya rasa ini adalah realiti sikap UMNO. Kita kena ingat semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin dulu siapa yang buat kacau (tarik sokongan) kalau bukan UMNO.

“Di Sabah ketika ini, siapa yang tarik sokongan kalau bukan UMNO. Inilah realiti UMNO yang tidak menghormati perjanjian, rakus dalam merebut kuasa, namun kita harap penyelesaian terbaik akan dicapai,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Baca artikel lain: CEO syarikat didakwa kemuka dokumen palsu tuntut insentif Program Penjana Kerjaya

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Sesi Bersama Pesawah Padi bersempena Penubuhan Kelompok Tani Nyior Sebatang, hari ini.

Ditanya sama ada kemelut politik Sabah itu sudah dijangka susulan pengunduran Datuk Seri Hajiji Noor daripada Bersatu, Wan Saiful tidak dapat memberi maklum balas rasmi berhubung situasi di Sabah.

Katanya, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Setiausaha Agong Bersatu sudah mengadakan pertemuan bersama Bersatu Sabah Sabtu lalu untuk mendapatkan maklumat berhubung situasi semasa negeri itu.

“Jadi, ini semua akan dikumpul dalam satu input yang akan disuarakan oleh ketiga-tiga pemimpin itu kepada MPT dan satu kenyataan lebih tepat akan dikeluarkan kelak,” katanya.

Kemelut politik Sabah bermula apabila Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin menarik sokongan UMNO-Barisan Nasional (BN) terhadap kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Hajiji.

Suasana itu berlanjutan apabila Hajiji mendakwa masih mendapat sokongan 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), manakala Bung Moktar meneruskan usahanya untuk menumbangkan kerajaan GRS.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This