Nampak sahabat muatnaik sana sini berjalan keliling dunia di laman sosial. Terdetik persoalan dalam hati, gaji lebih kurang sama, namun gaya hidupnya cukup menyeronokkan, asyik melancong ke sana sini. Buku merah tercop pelbagai negara, namun kita, hanya mampu termenung saat hujung bulan. Jangan kata nak melancong, nak survey tiket flight pun rasa tersedak.
Jangan risau, di sebalik foto hebat yang terpampang, tersimpan 1001 pahit jerih usaha mengumpul duit bagi membolehkan mereka keliling dunia. Bukannya durian runtuh secara tiba-tiba. Kalau mereka boleh, kenapa anda tidak? Betul tak? Kawal nafsu dan ketatkan disiplin berbelanja seperti yang dikongsikan Cikgu Loh di laman Facebook miliknya.
Secara ringkasnya, ulas Cikgu Loh, kewangan haruslah diselenggara dengan baik supaya tidak tiris di mana-mana. Malah biasakan hidup bersederhana dan hindari daripada membuat ‘loan jahat’ kerana ia menjadi bebanan bulanan untuk tempoh yang panjang.
“Mungkin ada yang tertanya bagaimana nak save duit untuk travel kan??
Jadi ini ialah cara Marhaen saya, mungkin cara ini tak sesuai kepada semua orang namun anda mungkin boleh praktikkan jika kena dengan diri anda.
✅Buat simpanan KHAS Tabung travel setiap bulan. Buat potongan WAJIB selama 1 tahun misalnya ke dalam akaun bank anda. Anda tuai hasilnya selepas 1 tahun kelak. Sebulan RM300-500 pun sesuai atau lebih tinggi lagi baik.
✅Cari side income lain untuk tambah pendapatan. Jangan mengharapkan kepada 1 sumber. Boleh join jadi dropship, agen atau sebagainya.
✅Jangan merokok & Menghisap Vape. Saya bukan perokok dan ini sudah tentunya banyak akan save bajet. Tak perlu membuat perkara yang sia-sia lebih-lebih lagi ianya merosakkan kesihatan pula. Islam tidak mengkehendaki akan hal tersebut.
✅Saya terlalu jarang sangat membeli pakaian/aksesori baharu. Setahun adalah 1-2 kali. Kalau sesiapa yang terserempak saya di kampung atau di mana-mana, memang pakaian saya macam orang ulu kampung. Saya lebih suka begini biar nampak simple tapi dalam jiwa hati nurani gembira gitu. Simple, minimalis dan naturalis. Ada yang macam saya??
✅Konsep nak reward diri beli itu dan ini jarang saya amalkan. Mostly bajet seharian saya banyak habis kepada makanan. Belanja makan family dan rakan-rakan sahabat handai. Panggung wayang pun jarang sangat pergi. Rasanya tahun 2022 haritu ada pergi 1 kali, itu pun ajak kawan sebab nak isi masa lapang.
✅Ambo bukan kaki shopping. Kalau travel memang tak pernah beli souvenier atau sebarang perhiasan. Keychain dan sebagainya ini boleh buat sendiri sahaja. Sangat mudah dan boleh pula hadiahkan kepada family dan sahabat handai. Isteri pun dah faham, asalkan suaminya selamat pulang ke tanah air. Hihi
✅Jangan buat loan jahat. Elakkan ada personal loan, atau apa jua hutang yang membebankan. Sebagai contoh, tak perlu angkat kereta baharu, kalau ianya menyusahkan kita balik. Buat target bahawa anda akan capai Financial Freedom suatu hari nanti. Insyallah saya akan berusaha untuk mencapainya hujung tahun 2023 ini. Bila bebas kewangan, sungguh diri anda cukup tenang untuk buat apa sahaja termasuklah travel. Loan bank memang hampir kebanyakkannya ada riba. Rujuklah ulama-ulama kita
✅Sambil travel saya juga bertindak sebagai Tour Guide & Tour Leader. Jadi dari sini juga saya mencari pendapatan sampingan dengan menjadikan hobi dan minat dalam travel. Sambil membawa peserta bermusafir melihat keajaiban ALLAH, peserta juga dapat bergembira dengan izin Allah.
✅Lastly, jika anda nak cepat kaya dan boleh save banyak duit untuk travel, keraplah dan amalkan bersedekah selalu. Benar, ianya satu tonik special untuk anda cepat kaya dan dimurahkan rezeki. Percayalah saya dah merasainya. Anda pula selepas ini.. Doa murah rezeki mudah sahaja, amalkan baca Surah Al-Ikhlas & Surah As- Syura Ayat 19 setiap hari.
Moga perkongsian ini dapat membantu anda, mana yang boleh anda praktikkan dipersilakan untuk mencubanya. Yang penting keazaman dan disiplin perlu ada dalam diri masing-masing.
Ok bagaimana pula cara anda save duit untuk travel? Komen skit… ?
Klik Follow Cikgu Loh untuk info travel.”
Kredit : Cikgu Loh

