Fasha Sanda kongsi foto kursus umrah. Fazura komen fesyen tudung. Teh ais turut jadi perhatian

Dari Penulis

Dramatis popular, Fasha Sanda menerusi ruang Instagram miliknya berkongsi momen bersama suami ketika menghadiri kursus umrah. Apa yang menarik perhatian, foto yang dimuatnaik jelas menunjukkan tudung yang digayakan dan buku nota yang dipegang terpampang jelas jenama Fazura.

Fasha turut memuji Tudung Fazura mudah digayakan dan senang dibentuk.

Tulisnya di ruangan kapsyen, lima tahun dulu kedua-duanya menghadiri kursus kahwin dan kali ini mereka menghadiri kursus umrah.

“5 tahun lalu kita kursus kahwin, hari ni kursus Umrah ?

Syukur Alhamdulillah

Thanks sayang bekalkan teh ais untuk i.”

Fazura turut meninggalkan kata-kata di ruangan komen menyatakan kejelitaan sahabatnya dalam Tudung Fazura.

Apa yang menarik perhatian, bukan jenama Tudung Fazura sahaja yang menjadi perhatian, namun teh ais yang dipegang Fasha turut menerima tempias.

Kredit : Instagram Fasha Sanda


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Angkat Martabat Fiqh Madani, PU Riz Mahu Silibus Haji & Umrah Lahirkan Cendekiawan Islam Berwibawa

LANSKAP pendidikan Islam di Malaysia melakar satu lagi sejarah baharu menerusi pengenalan program akademik yang lebih holistik dan dinamik. Menyedari...

More Articles Like This