“Saya sekat nombor telefon isteri (Puteri Sarah Liyana) sebab saya tak suka bergaduh. Macam mana nak berkomunikasi kalau awak sentiasa memaki hamun?”
Demikian kata pengarah sensasi, Syamsul Yusof berhubung dakwaan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana yang memberitahu sehingga kini suaminya itu tidak menghubunginya untuk berbincang mengenai kemelut rumah tangga mereka.
Jelas Syamsul,39, dia mempunyai alasan kukuh dengan tindakannya menyekat nombor telefon Puteri Sarah kerana enggan terus mengeruhkan keadaan.
“Awak dah tak ada ras hormat. Saya tak ada ruang langsungb nak berbicara atau kalau tak ada apa pun yang berlaku, awak tiba-tiba hantar WhatsApp maki-maki saya.
“Saya rasa ia memudaratkan sebab itu saya sekat nombor telefon awak sebab saya tak nak masalah dan hubungan kita bertambah keruh,” katanya dalam video yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Meskipun sudah menyekat panggilan telefon Puteri Sarah, namun tegas Syamsul, dia masih lagi menjalankan tugas sebagai suami dan bapa kepada dua orang anaknya.
Malah, jelas Sysmsul lagi, dia masih lagi berkomunikasi dengan keluarga mentua, adik ipar dan ibunya sendiri berkenaan nafkah dan urusan mengambil anak-anak.
“Saya cari rezeki, kerja keras untuk awak dan anak-anak. Selama ini kita berkomunikasi melalui ibu awak, ibu saya dan adik saya. Baru tadi awak minta duit, saya bagi.
“Awak nak dua orang gaji, saya sediakan. Walaupun saya ‘block’ Sarah tapi anak-anak saya tak pernah abaikan. Tanggungjawab untuk belanja rumah, saya tetapi bagi,” ujarnya.
Dalam pada itu, Syamsul menjelaskan, dia terpaksa membuka cerita hal rumah tangganya di media sosial memandangkan Puteri Sarah mengeluarkan kenyataan tidak benar sekaligus mengundang persepsi buruk orang ramai terhadap dirinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof mengaku dah nikah dengan Ira Kazar, minta Puteri Sarah pulang ke rumah untuk selesaikan konflik rumah tangga,Tak rela bermadu, Puteri Sarah Liyana minta Syamsul Yusof ‘lepaskannya’ – ” Awak adalah seorang suami yang toksik dan narsistik,”
“Sejak dulu lagi saya tidak suka untuk berkongsi semuanya di media sosial tetapi memandangkan isteri saya memulakan, jadi saya bersuara untuk menangkis tanggapan buruk yang dilemparkan.
“Tak semua perkara yang anda baca di media, anda boleh percaya. Saya berdiam diri kerana buat apa hal rumah tangga nak diceritakan di media sosial.
“Sejak dulu lagi, apa yang berlaku dalam rumah tangga, saya tak pernah cerita di media sosial tapi kali ni saya terpaksa sebab saya mahu menangkis tanggapan buruk daripada netizen.
“Kalau tak tahu cerira sebenar, jangan bersuara, jangan jatuhkan hukum. Anda hanya dengar daripada sebelah pihak. Orang luar kata saya macam-macam tapi saya diam dan telan sahaja,” jelasnya.
Mengulas lanjut mengenai permintaan Puteri Sarah yang mahu ‘dilepaskan’, Syamsul bagaimanapun mahu isteri pertamanya itu pulang ke rumah dan berbincang.
“Awak minta dilepaskan, okay kalau itu yang mahukan, baliklah berbincang di rumah. Pintu rumah sentiasa dibuka. Jangan ‘create’ drama. Janganlah berbincang di video di media sosial. Saya harap berhentilah dan cukup sampai sini sahaja cerita hal rumah tangga pada umum,” katanya.

