Polis siasat video kamera tersembunyi dalam bilik persalinan

Dari Penulis

POLIS mengesahkan telah menerima laporan berhubung rakaman kamera tersembunyi di dalam bilik persalinan sebuah pusat beli-belah pada 4.38 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, laporan telah dibuat oleh pengurus keselamatan sebuah premis di Jalan Imbi.

Katanya, pihak polis mengesan sebuah video tular berdurasi 11 saat yang memaparkan kejadian terbabit pada pukul 9 pagi tadi.

Beliau berkata, siasatan awal sedang dijalankan bagi mengenal pasti tarikh dan lokasi kejadian tersebut.

“Pihak polis telah siasat di premis pengadu dan didapati bukan lokasi sama seperti yang ditularkan.

“Kejadian disyaki di lokasi lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca : Polis siasat penghantar makanan keluarkan kata jelik

Jelas Noor Dellhan, perbuatan tersebut adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Fikri Abdul Manan di talian 013-4149917.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

99.5 peratus peneroka FELDA Pahang terima hak milik, baki selesai tahun ini – MB Pahang

KERAJAAN Pahang menyasarkan semua peneroka FELDA yang layak di negeri itu menerima suratan hak milik tanah masing-masing tahun ini...

More Articles Like This