Onde-Onde Labu Menu Istimewa Untuk Tetamu Jauh. Cepat Dan Mudah, Disediakan.

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Hidangan minum petang yang sangat simple, mudah dan cepat disediakan. Tetamu tidak perlu tunggu lama untuk menikmati, onde-onde labu ini.

Tahukah anda, labu kuning kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan yang mengurangkan risiko terjadinya kanser. Khasiat pengambilan labu kuning ini, antaranya baik untuk mata, meningkatkan sistem imunisasi, makanan untuk kurus, menurunkan risiko serangan strok dan juga jantung.

Untuk mengekalkan khasiat labu, pastikan penggunaan gula jangan terlalu banyak dalam hidangkan yang kita hasilkan.

BAHAN

1 biji labu – potong dadu

350 gm tepung pulut

200 ml air

2 keping gula Melaka

250 gm kelapa parut putih – kukus

1 ¼ sudu kecil garam

 Secubit garam

CARA PENYEDIAAN :

1. Labu dipotong dadu, dan dikukus sehingga lembut. Kemudian lecek labu sehingga halus.  

2. Masukkan tepung pulut, garam dan air, ke dalam bekas. Uli sehingga sehingga doh tidak melekat di tangan.

3. Ambil sedikit doh dan bentukkan bebola kecil.

4. Leperkan doh dan letakkan sedikit gula Melaka di tengah-tengahnya. Kemudian bulat-bulatkan kembali.

5.Didihkan air, masukkan bebola labu. Jika bebola labu timbul dipermukaan, itu tanda sudah masak. Angkat bebola labu dan tuskan.

6. Golekkan bebola labu di atas kelapa parut, yang telah di campurkan dengan sedikit  garam. Bolehlah dihidangkan


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tasty Touch Catering pakar dalam hidangan ‘finger food’

TASTY Touch Catering bermula lebih dari 10 tahun yang lalu sebagai sebuah dapur kecil di Cheras, Kuala Lumpur, dengan...

More Articles Like This