Tak Leceh Mana Pun Buat Lengat Pisang Nie, Kuih Tradisi Orang Perak. Sedap Kome, Sesuai Untuk Minum Petang

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Lengat pisang ataupun kukus pisang, merupakan pemanis mulut tradisi orang Perak. Ia sering dihidangkan ketika berbuka puasa. Mudah sahaja untuk menyediakan lengat ini, dengan hanya 4 bahan utama iaitu pisang, tepung beras, gula dan santan pekat sudah dapat menghasilkan lengat pisang yang cukup sedap. Jom kita buat untuk minum petang.

LENGAT PISANG EMAS

BAHAN

1 ikat pisang emas

3 sudu besar gula

1 cawan santan pekat

1/2 cawan tepung beras

CARA PENYEDIAAN :

1.Pisang emas dibuang kulit, belah dua dan susun di dalam loyang. Taburkan gula.

2. Santan dan tepung beras dibancuh sebati dan tuangkan di atas pisang.

3. Kukus sehingga masak selama 30 minit.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tasty Touch Catering pakar dalam hidangan ‘finger food’

TASTY Touch Catering bermula lebih dari 10 tahun yang lalu sebagai sebuah dapur kecil di Cheras, Kuala Lumpur, dengan...

More Articles Like This