Bibik pemalas, hanya tidur dan makan walau sudah 13 tahun ‘bekerja’. Anak majikan pula dipaksa buat sarapan. Majikan bingung

Dari Penulis

Pening kepala melayan karenah ‘bibik’ yang ‘seorang’ ini. Kerjanya tiada lain, hanya makan dan tidur dari pagi sehingga ke petang. Malah lebih ‘terlampau’, anak majikan pula diminta menyediakan sarapan untuknya di pagi hari.

Menerusi perkongsian Iz Yahya di laman sosial miliknya, segala tugasan di rumah dilakukan oleh dirinya sendiri walaupun punya bibik.

Ketika dihubungi UtusanTV, dia sudah buntu memikirkan perihal bibiknya. Jelasnya berseloroh, gaji si bibik cukup besar kerana sudah bekerja lebih 13 tahun, malah setiap tahun ada kenaikan gaji.

“Gaji besar pula sebab dah kerja lama kan, tiap-tiap tahun increment,” ulasnya.

“Salam, tolong hide profile. Saya yang semalam cerita pasal pembantu rumah yang tak buat apa-apa kerja rumah dari 9 pagi hingga 3 petang dan asyik tidur tu. Untuk pengetahuan nurtizen semua, sewaktu saya pulang ke rumah jam 6:30 petang, pembantu rumah saya masih lagi tidur di atas sofa, cuma posisi sahaja yang berbeza. Akhirnya saya juga yang mengemas dan buat kerja rumah hmm..

Pagi ni sewaktu saya buka pintu bilik anak saya, saya dapati pembantu rumah saya sedang mengejut anak saya bangun dan menyuruhnya buat sarapan pagi. Alangkah terkejutnya saya sebab sepatutnya dia yang menyiapkan sarapan pagi untuk kami sekeluarga. Kenapa pula dia sanggup mengejut anak saya yang merupakan tuan muda beliau? (Rujuk bukti 1)

Anak saya tersenyum saja bila dikejut pembantu rumah yang menyuruhnya buat brekpes, padahal bila saya kejutkan untuk pergi sekolah, ewah ewah bukan main liat lagi.

Selepas mandi, anak saya didapati terus ke dapurnya dan kelentung kelentang menyediakan sarapan, manakala pembantu rumah saya kelihatan terbaring berehat dan menjilat-jilat badannya. Sekali sekala kelihatan anak saya menyuruh pembantu rumah saya rasa masakannya. Mungkin takut termasin atau kurang rasa. (Rujuk bukti 2)

Kasihan anak saya pagi-pagi lagi dah sibuk di dapur sedangkan pembantu rumah saya elok saja duduk berposing. (Rujuk bukti 3)

Banyak juga menu sarapan pagi yang anak saya siapkan. Semuanya dihidangkan ke depan mata pembantu rumah saya. Sekali dengan sinki juga ya. Tapi selesai makan dan mencuci tangan, terus je pembantu rumah saya terbaring menyambung tidur. (Rujuk bukti 4)

Saya perlukan nasihat nurtizen sekalian, apa yang harus saya buat dengan pembantu rumah ni? Untuk info, pembantu rumah saya ni sudah hampir 13 tahun tinggal bersama kami. Saya rasa simpanan KWSP beliau mesti dah banyak, mungkinkah sebab itu beliau semakin tidak rajin bekerja? Patut ke saya beri surat amaran atau surat tunjuk sebab pada pembantu rumah saya? Ataupun pulangkan beliau ke agent saja dan dapatkan pembantu rumah baru?

Nasihat dan komen murni nurtizen amatlah dihargai ?”

Perkongsian santai ini hanya sekadar menceriakan kehidupan, tiada kena mengena dengan yang hidup atau meninggal dunia.

Kredit : Iz Yahya


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Angkat Martabat Fiqh Madani, PU Riz Mahu Silibus Haji & Umrah Lahirkan Cendekiawan Islam Berwibawa

LANSKAP pendidikan Islam di Malaysia melakar satu lagi sejarah baharu menerusi pengenalan program akademik yang lebih holistik dan dinamik. Menyedari...

More Articles Like This